.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Osama hidup mewah di Iran....?

Jumaat, 7 Mei 2010

Sebuah dokumentari berjudul Feathered Cocaine mendakwa ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup, sihat dan tinggal dalam kemewahan di Iran, lapor sebuah akhbar semalam.

Dokumentari itu yang ditayangkan di Festival Filem Tribeca, di sini, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengisahkan tentang urus niaga bernilai berjuta-juta dolar AS dengan membabitkan aktiviti pemburuan haram burung helang di Asia Barat untuk dijual kepada golongan sheikh yang kaya raya.
Menurut dokumentari itu, Osama tinggal di sebuah kediaman yang dikawal oleh anggota-anggota pasukan keselamatan di ibu negara Iran, Teheran, bersama isterinya, beberapa anak dan cucu mereka sejak 2003 dan dilindungi oleh pemerintah negara berkenaan.
Dakwaan itu berdasarkan kenyataan seorang penyeludup burung helang dari bekas negara Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai T-2.
Penyeludup itu berkata, dia berkenalan dengan Osama pada 2004 di sebuah kem pemburuan burung helang di timur laut Iran.
“Saya menemuinya (Osama) lima kali selepas 2004. Kali terakhir kami bertemu ialah pada Oktober 2007. Semua pertemuan kami berlaku di Iran,” katanya.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP