Janji Syahid Allah itu memang benar...
Selasa, 25 Mei 2010
Aku dapat email semalam, dikongsi di isuhangat sebagai renungan kita  bersama bahawa janji Syahid Allah itu memang benar!
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu  panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal  kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah  Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,  lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21  tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia  Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam  secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya  berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling  sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang  tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.  Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati  dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba  mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga  masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya  kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana  darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru.  Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. 
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah   mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya  untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah  cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan  disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar  pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu  telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia  berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang  terpilih untuk mati syahid.
Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan  sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita  mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran  Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara  bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH  dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah  ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan  dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan  kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain  dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja  agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang  setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana  terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih  Islam pun tapi tiada amalan Islam.  Masjid dan surau kosong tiada  jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas  ketika  mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya  supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh  daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya  terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang  dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana?  adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita  renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
KLIK DI SINI  JIKA INGIN MELIHATNYA, JIKA ANDA TIDAK LEMAH SEMANGAT
Rujukan Hadis 1:
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda: †Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya  pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. 
1.      Pemimpin yand adil; 
2.      pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah  SWT ; 
3.      seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 
4.      2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana  Allah SWT; 
5.      lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh  untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku  Takutkan Allah; 
6.      seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan  tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;  
7.      dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian  sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT. Hadis Riwayat Muslim
Rujukan Hadis 2:
MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.
Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu’anhu ketika berada di Khurasan  menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini  menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata,  “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad,  An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari)  Rujukan Hadis 3:
MENINGGAL DI JALAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
Abu Hurairah radhiyallahu’anhu menyampaikan sabda Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

 

0 komen:
Catat Ulasan