.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Bumi Dicipta Dengan Sempurna

Ahad, 30 Oktober 2011



Salah satu penemuan mutakhir di dunia sains yang menjadi buah bibir di kalangan ahli sains adalah apa yang disebut “prinsip anthropic”. Prinsip ini mengungkapkan bahawa setiap detail yang terdapat di alam semesta telah dirancang dengan ketepatan yang sempurna untuk memungkinkan manusia hidup.
Contoh kecil dari prinsip anthropic ini dapat kita temui pada fakta-fakta yang berkaitan dengan keadaan bumi. Dalam perkara ini, seorang astronomi Amerika Hugh Ross dalam bukunya yang berjudul The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal the Unmistakable Identitiy of the creator telah membuat penemuannya sendiri seperti berikut.
Jarak matahari ke bumi adalah 149,669,000 kilometer.Jarak ini dikenali sebagai satuan astronomi dan biasa dibulatkan (untuk memudahkan perkiraan) menjadi 148 juta km. Dibandingkan dengan bumi, diameter matahari kira-kira 112 kali ganda. Daya tarikan matahari kira-kira 30 kali ganda daya tarikan bumi. Sinar matahari menempuh masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
-Jika lebih jauh: planet bumi akan terlalu sejuk bagi kitaran air yang stabil
-Jika lebih dekat: planet bumi akan terlalu panas bagi kitaran air yang stabil

2. Graviti di permukaan bumi

Graviti permukaan dari sebuah objek astronomi (planet, bintang, dll) adalah kecepatan graviti yang berlaku pada permukaan objek tersebut. Graviti permukaan bergantung pada massa dan radius objek tersebut. Seringkali graviti permukaan dinyatakan sebagai ratio dengan nilai yang berlaku di Bumi.
-Jika lebih kuat: atmosfera bumi akan menahan terlalu banyak gas beracun (amonia dan methana)
-Jika lebih lemah: atmosfera bumi akan terlalu tipis kerana banyak kehilangan udara
3. Period pusingan bumi

Pusingan Bumi merujuk pada gerakan berputar planet Bumi pada sumbunya dan gerakan di orbitnya mengelilingi matahari. Masa pusingan Bumi pada sumbunya dalam hubungannya dengan bintang ialah 23 jam, 56 minit dan 4.091 saat. Masa pusingan dalam kaitannya dengan matahari ialah 24 jam.
-Jika lebih lama: perbezaan suhu pada siang dan malam hari terlalu besar
-Jika lebih cepat: kecepatan angin pada atmosfera terlalu tinggi
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, Surah Yassin:38)
4. Albedo

Albedo merupakan sebuah besaran yang menggambarkan perbandingan antara sinar matahari yang tiba di permukaan bumi dan yang dipantulkan kembali ke angkasa dengan terjadi perubahan panjang gelombang (outgoing longwave radiation). Perbezaan panjang gelombang antara yang datang dan yang dipantulkan dapat dikaitkan dengan seberapa besar tenaga matahari yang diserap oleh permukaan bumi.
-Jika lebih besar: zaman ais tak terkawal akan terjadi
-Jika lebih kecil: Kesan rumah kaca tak terkawal akan terjadi
5. Aktiviti gempa

Gempa bumi adalah getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan kerak bumi (lempeng bumi). Kata gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan asal terjadinya kejadian gempa bumi tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi apabila tekanan yang terjadi kerana pergerakan itu sudah terlalu besar untuk dapat ditahan.
-Jika lebih besar: terlalu banyak makhluk hidup binasa
-Jika lebih kecil: bahan makanan dasar laut tidak akan di ulang ke daratan melalui pengangkatan tektonik
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
6. Ketebalan kerak bumi

Kerak bumi adalah lapisan terluar Bumi yang terbagi menjadi 2 kategori, iaitu kerak samudera dan kerak benua. Kerak samudera mempunyai ketebalan lebih kurang 5-10 km, sedangkan kerak benua mempunyai ketebalan lebih kurang 20-70 km. Penyusun kerak samudera yang utama adalah batu basalt, sedangkan batu penyusun kerak benua yang utama adalah granit, yang tidak sepadat batuan basalt. Kerak bumi dan sebagian mantel bumi membentuk lapisan litosfer dengan ketebalan total kurang lebih 80 km.
-Jika lebih tebal: terlalu banyak oksigen berpindah dari atmosfera ke kerak bumi
-Jika lebih tipis: aktiviti tektonik dan vulkanik akan terlalu besar
7. Medan magnet bumi

Magnetosfera Bumi adalah suatu kawasan di angkasa yang bentuknya ditentukan oleh luasnya medan magnet dalaman Bumi, plasma angin matahari, dan medan magnet antara planet. Di magnetosfer, campuran ion-ion dan elektron-elektron bebas samada dari angin matahari atau pun ionosfir bumi dibataskan oleh gaya magnet dan elektrik yang lebih kuat daripada graviti dan perlanggaran.
-Jika lebih kuat: badai elektromagnetik akan terlalu merosakkan
-Jika lebih lemah: kurangnya perlindungan dari radiasi berbahaya yang berasal dari luar angkasa
8. Hubungan graviti dengan bulan

Bulan yang ditarikan oleh daya graviti Bumi tidak jatuh ke Bumi disebabkan oleh daya sentrifugal yang timbul dari orbit Bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal Bulan adalah sedikit lebih besar dari daya tarikan menarik antara graviti Bumi dan Bulan. Hal ini menyebabkan Bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3.8cm/tahun.
-Jika lebih besar: kesan pasang surut pada laut, atmosfera dan period pusingan semakin merosak
-Jika lebih kecil: perubahan tidak langsung pada orbit menyebabkan ketidakstabilan iklim
9. Kadar karbondioksida dan wap air dalam atmosfera

Atmosfera Bumi terdiri atas nitrogen (78.17%) dan oksigen (20.97%), dengan sedikit argon (0.9%), karbondioksida (variabel, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraviolet dari matahari dan mengurangi suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75% dari atmosfera ada dalam 11 km dari permukaan planet. Atmosfera tidak mempunyai batas, tetapi agak menipis lambat laun dengan menambah ketinggian, tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa luar.
-Jika lebih besar: kesan rumah kaca tak terkawal akan terjadi
-Jika lebih kecil: kesan rumah kaca tidak memadai
10. Kadar ozon dalam atmosfera

Ozon terdiri dari 3 molekul oksigen dan amat berbahaya pada kesihatan manusia. Secara alamiah, ozon dihasilkan melalui percampuran cahaya ultraviolet dengan atmosfera bumi dan membentuk suatu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer. Ozon tertumpu di bawah stratosfer di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon dihasilkan dengan pelbagai persenyawaan kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinar ultraviolet (UV) dari matahari.
-Jika lebih besar: suhu permukaan bumi terlalu rendah
-Jika lebih kecil: suhu permukaan bumi terlalu tinggi, terlalu banyak radiasi ultraviolet
Penemuan di atas hanyalah sedikit contoh dari sekian banyaknya data yang melimpah tentang adanya prinsip Antrophic. Namun, yang sedikit inipun cukup untuk menghancurkan mitos yang dipercayai oleh para cendekiawan keduniaan dan para pengganut atheis, iaitu bahawa keadaan bumi beserta kehidupan yang terdapat padanya terjadi secara kebetulan melalui serangkaian peristiwa tanpa perangan.
Siapapun yang mempelajari data-data ini tidak akan gagal untuk sampai pada kesimpulan bahawa bumi ini merupakan tempat yang telah dirancang dengan tingkat kerumitan yang tidak terbayang dan dengan kesesuaian yang sempurna demi kehidupan di dalamnya.
Ini membuktikan bahawa bumi, langit dan seisinya tidak tercipta secara kebetulan. Tuhan itu ada. Allahu Akbar.

“Dialah pencipta langit dan bumi.”
(AlQuran; Surah Al-An’aam Ayat 101)

Posted @ www.isuhangat.net.

Read more...

Maharaja Lawak Mega (2011) [Malay] SDTVRip Mkv (EP.01)

Maharaja Lawak Mega (2011) | Country: Malaysia | Language: Malay | Genre: TV Show | Subtitle: None | Quality: SDTVRip – Jie Azz
Pengacara : AC Mizal  Panel Juri Tetap: Dato’ Chef Wan,Dato’ Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan
Sinopsis: Kejayaan program Maharaja Lawak yang lalu ternyata telah mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara iaitu MAHARAJA LAWAK MEGA khas untuk para penonton.
Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak profesional terhebat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. sistem penghakiman akan dilakukan oleh tiga juri profesional yang mewakili 70 peratus markah dan selebihnya kepada undian penonton.
SENARAI PESERTA: 
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)
Solo:
Adlin Aman Ramli 
Jalil Hamid
EPISOD 01

Read more...

Kelebihan Berzikir dalam sudut Sains


ZIKIR MENCERDASKAN OTAK
Nukilan Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!
Sumber

Read more...

Kematian Gaddafi Satu Pembohongan? Gaddafi Masih Hidup...

Sabtu, 29 Oktober 2011


Ni dari sumber bebas... utk lebih info rujuk website di bawah





On the very day of their biggest ever failure, when they went in an all-out massive desperate bombing of Qaddafi's home which he still would not run away from, in order for the Rome meeting of Clinton to be able to declare a victory, it backfired when he went out to feed the animals, and instead his 3 grandchildren and youngest son died along with many others.

That damaging news was immediately squashed by the sudden release within a few hours, of the "death of Bin Laden", so as to deflect world media away from sympathy for Qaddafi and his family, and toward the power and might of the USA. Only problem is, on the web, people quickly figured out that this was not Bin Laden who was dumped at sea, let alone the problem that he had died many years earlier.
With NATO pilots and drone operators realising that there is indeed a very real danger of them having to face justice for war crimes and crimes against humanity, and with pilot fatigue and dissatisfaction creeping in as after 8 months of non-stop aerial bombing the truth has become known to them that they are not there to protect civilians but instead to bomb them, something had to be done.

Hillary Clinton needed to visit Tripoli, to "rally the troops", and provide a brave face for the Europeans who were increasingly worried about being on the forefront of a war that they have started to realize they cannot win, and which will ultimately backfire, for many reasons already covered here on Mathaba.Net and elsewhere.





Gambar kematian Osama yg jelas photoshop, dan mayat dia didakwa dibuang dlm laut…


Kali ni NATO(zionis) cuba mengalih perhatian dunia terhadap pembunuhan beramai2 di Sirte, dgn memgumumkan pembunuhan Gaddafi

Rumors of Qaddafi martyrdom overlaps Sirte genocide (Coincidence?)
20/oct/11 - ozyism

According to new reports the streets of Sirte are filled with martyred civilians and the destruction cannot be described by words. The attempted genocide of a tribe is being brushed under the carpet by rumors of Qaddafi’s martyrdom. The rumors have been intentionally spread to keep the focus of people on Qaddafi’s martyrdom rather than the genocide and destruction of Sirte.
This will also give NATO Mercenaries enough time to hide the dead bodies in mass graves then blame the Libyan Defense Forces as they did in Tripoli.
Video2 dibawah membongkarkan penipuan pembunuhan Gaddafi



darah boleh hilang tiba-tiba


22h/ Video aboute Gaddafis Died is FAKE!! Look at Date from information about video
General
Complete name: C: \ T \ Footage Shows Gaddafi's bloodied body.mp4
Format: MPEG-4
Format profile: Base Media / Version 2
Codec ID: MP42
File size: 2.82 MiB
Duration: 32S 160ms
Overall bit Rate: 736 Kbps
Encoded Date: 19/10/2011 14:16:48 UTC
Tagged Date: 10.19.2011 UTC 2:16:48 p.m.

Video dibuat pada 19HB? Sedangkan Gaddafi ditangkap pada 20HB


masa kat sini ade jahitan kat dada… pastu badan macam patung..


masa pamer kat dalam peti sejuk, jahitan hilang


Video ni buktikan yg mayat tu boleh dipalsukan



Baper banyak pistol emas dah…


Perbandingan...Lelaki dalam gambar ni mungkin Double Gaddafi yg agak terkenal di Sirte... Ali Majid Al Andalus

Gaddafi’s wig: A dictator undone by vanity?

The Washington Post
Published: October 21, 2011 11:49PM
Updated: October 21, 2011 11:14PM

The long, strange tale of Moammar Gaddafi is at an end, after the former Libyan leader was shot and killed in his hometown of Sirte Thursday.

At the hospital, Libyan officials ran a number of tests, including on hair samples for DNA, to prove the identity of the dictator who had been on the run for the last two months. The hair was not Moammar Gaddafi’s. The slain leader was wearing a wig.
DNA x match...Ade ke doktor sengal ambik DNA test dari rambut palsu

Libya Liberal Youth report that Qaddafi has not been martyred
12:07 AM ozyism 4 comments

21/oct/11

Libya Liberal Youth reports that the "Green Committees have confirmed that the leader is alive, and that the enemy is seeking to take advantage of his being currently out of communications. The aim is to please Hillary Clinton who barked at her Arab slaves that she wants Muammar Qaddafi "dead or alive.""

This is contradictory to NATO propaganda which claims that the revolutionary leader Qaddafi was martyred by a NATO terror attack in Sirte.

Analysts believe that this propaganda is an attempt to divert attention from the brutal genocide in Sirte, according to early reports, civilian bodies were seen in every corner of Sirte's streets, but now the media has completely stayed silent instead reporting on rumors of Qaddafi's martyrdom.
Kesimpulannya media Israel,AlJazeera,CNN,BBC,Utusan dll media pro Barat tu banyak spin.



aku copy paste sebab menarik

Read more...

Kenali tokoh kemerdekaan yang disembunyikan : Rashid Maidin.

Rabu, 26 Oktober 2011

Rashid Maidin "Hero Malaya" (Wawancara Khas)


Bapak Rashid Maidin adalah seorang pejuang kemerdekaan ulung yang berasal daripada kaum buruh. Pada akhir tahun 1930-an, beliau melibatkan diri dalam perjuangan menentang penjajah British, dan kemudian, fasis Jepun demi kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat. Pada tahun 1955, beliau telah ikut serta dalam Rundingan Baling yang berlangsung antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan berperintahan sendiri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Hari ini, beliau tetap dengan gigih berjuang demi kebebasan, demokrasi, keadilan masyarakat serta perdamaian dalam negeri yang diidam-idamkan rakyat tanah air kita.
Soalan: Bilakah Bapak dilahirkan?

Rashid Maidin: Saya dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1917.

Soalan: Kalau begitu, Bapak lebih tua daripada Bapak Abdullah C.D.

Rashid Maidin: Ya, Abdullah C.D. atau Cik Dat enam tahun lebih muda daripada saya. Beliau dan saya adalah rakan seperjuangan yang paling akrab sejak akhir Perang Anti-Jepun hingga sekarang.

Soalan: Apakah rahsia kesihatan Bapak? Daripada wajah Bapak, Bapak kelihatan belasan tahun lebih muda. Bolehkah Bapak ceritakan secara terperinci untuk pengetahuan generasi muda?

Rashid Maidin: (ketawa) Sebenarnya, tak ada sebarang rahsia. Menurut pengalaman saya, pertama-tama, kita mesti mempunyai semangat yang optimis untuk menjayakan cita-cita hidup kita berjuang untuk rakyat dan tanah air. Ini paling penting. Selain itu, saya sentiasa amalkan latihan gerak badan, bersukan, termasuk berjalan kaki dan latihan taichi qigong. Tambahan pula, alam sekeliling di hutan rimba yang hijau ini begitu menyegarkan. Udaranya bersih dan nyaman, tak ada hingar-bingar dan debu-debu, seperti di kota.
Soalan: Kami juga dapat tahu Bapak seorang penggemar muzik.
Rashid Maidin: Ya, muzik, khasnya muzik asli, memang saya minati sejak kecil lagi.
Soalan: Ada orang mengatakan Bapak seorang penggesek biola.
Rashid Maidin: (ketawa) Oh, itu indah khabar dari rupa. Saya sudah lama gantung biola saya.
Soalan: Seperti tercatat dalam sejarah, Bapak salah seorang anggota perwakilan Parti Komunis Malaya dalam Rundingan Baling pada bulan Disember 1955.

Rashid Maidin: Ya, kami bertiga, iaitu Chen Ping, Chen Tien dan saya, telah menghadiri perundingan tersebut bagi pihak PKM.
Soalan: Apakah tujuan perundingan itu?

Rashid Maidin: Tujuannya adalah untuk mencari jalan bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British serta menamatkan perang yang dilancarkan penjajah British yang bermula pada 20 Jun 1948.
Soalan: Bagaimanakah sikap orang ramai pada masa itu terhadap perwakilan PKM?
Rashid Maidin: Orang ramai sangat menginginkan kemerdekaan. Apabila rombongan kami keluar dari hutan di Kelian Intan dan dibawa dengan kereta ke Baling, di sepanjang jalan, orang ramai tak putus-putus mengalu-alukan kami. Di Baling, puluhan ribu massa rakyat menunggu ketibaan kami dan menyambut kami dengan pekikan “Merdeka”. Tempat penginapan kami di Baling dipagari kerawat berduri dan orang ramai tak dibenarkan masuk. Jadi, mereka berasak-asak di luar, ingin melihat kami dan bersalaman dengan kami. Kami juga dengar mereka panggil nama kami. Pendek kata, orang ramai, baik Melayu mahupun bukan Melayu, menganggap kami sebagai pejuang kemerdekaan. Suasana hangat itu begitu mengesankan dalam ingatan saya sampailah ke hari ini.
Soalan: Bagaimanakah sikap perwakilan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu masa itu?

Rashid Maidin: Perwakilan mereka disertai oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall dan juga Abdul Hamid Jumat. Sungguhpun perundingan itu perundingan damai, malangnya sikap mereka sangat keras, bahkan bermusuhan. Kami diberi kata dua, iaitu sama ada menyerah diri atau dihapuskan. Kami tentu tidak boleh terima kata dua sedemikian.
Soalan: Apakah sikap PKM dalam perundingan itu?

Rashid Maidin: PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaan. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya, dan beliau berjanji untuk menemui kami lagi setelah kembali dari London. Sayangnya, ini tidak berlaku. Sebaliknya, Kerajaan Tunku menerima syarat-syarat penjajah British dan meneruskan perang warisan penjajah itu ke atas kami.
Soalan: Apakah ini sebab utama perang itu berubah menjadi perang dalam negeri?

Rashid Maidin: Ya.
Soalan: Berbalik kepada latar belakang Bapak, bolehkah Bapak ceritakan sedikit tentang keluarga Bapak?

Rashid Maidin: Saya lahir dalam keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Datuk dan nenek saya berasal dari Rawa, Sumatera. Mereka berhijrah ke Perak pada akhir abad ke-19. Adik-beradik saya lapan orang, tujuh lelaki dan satu perempuan. Saya anak yang paling tua.
Soalan: Benarkah Yang Berhormat Encik Yusuf Maidin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Sungai Manik, itu adik Bapak?

Rashid Maidin: Benar. Ketika dia di sekolah vokesyenal, saya membantu belanja persekolahannya.
Soalan: Bagaimanakah persekolahan Bapak sendiri?

Rashid Maidin: Saya belajar di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng, dan lulus darjah 5. Pada sebelah petang, saya belajar agama di madrasah Kampung Gunung Mesah. Kerana ibu bapa saya miskin, lepas tamat sekolah Melayu pada tahun 1928, saya pun terpaksa mencari kerja.
Soalan: Tapi Bapak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Bilakah Bapak belajar?

Rashid Maidin: Boleh sikit-sikit. Sebenarnya, walaupun terpaksa berhenti sekolah, tapi minat untuk terus belajar tetap mendalam. Ketika berumur 12 tahun, saya ke Tapah bekerja dengan bapa saudara saya. Sambil bekerja, saya belajar bahasa Inggeris waktu malam dengan seorang mubaligh yang menyebar agama Kristian di kalangan Orang Asli. Dengan bantuannya, saya juga ambil kursus gaya pos dengan sebuah sekolah di Jakarta. Kemudian, pada tahun 1938, ketika saya bekerja di Kampar, saya teruskan lagi belajar Inggeris di sekolah malam selama hampir dua tahun lagi. Selain itu, saya tambah dengan belajar sendiri.
Soalan: Bapak pernah menjadi buruh mahir. Benarkah?

Rashid Maidin: Benar. Masa di Tapah, ketika berumur 16 tahun, saya menjadi magang di stesyen janakuasa elektrik milik Perancis. Lepas setahun, saya lulus dengan memperoleh Sijil Kelas 2 dan dibayar upah $30 sebulan. Kemudian, saya bekerja pula di Kampar dengan Talam Mines Company Limited. Di sana, pada tahun 1938, saya ambil ujian Electrical Chargeman dan dapat Sijil Kelas 1. Saya pun dibayar upah $60 sebulan, manakala buruh biasa mendapat upah 75 sen sehari. Upah saya lebih sedikit kerana saya ada sijil dan tahu bahasa Inggeris.
Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit bagaimana Bapak mula terlibat dalam politik?
Rashid Maidin: Sebagai anak Perak, semangat anti-British memang sudah tersemai kerana pengaruh Perang Maharajalela. Pengaruh ini meresapi diri saya sejak kecil lagi. Setelah bersekolah, saya pun ada membaca buku-buku tentang perang ini. Saya menceburkan diri dalam kegiatan berorganisasi mulai tahun 1937, iaitu dengan menjadi anggota Persatuan Drebar-Drebar Melayu Perak. Pada tahun 1939, ketika bekerja di Tanjung Tualang, saya menjadi ahli kesatuan sekerja Kinta Mining Workers Association. Di situlah, saya mendapat didikan secara langsung daripada seorang kader bawah tanah PKM yang bernama Lai Raifel atau Lai Fook yang bekerja sebagai buruh bersama saya. Melaluinya, saya dapat membaca pelbagai jenis buku politik. Kesedaran kelas saya beransur-ansur meningkat, dan saya diterima menjadi anggota PKM pada penghujung tahun 1941. Raifel dan saya juga berusaha untuk menyusun kaum buruh Melayu dalam kesatuan sekerja, tapi usaha ini terhenti apabila meletusnya perang.
Soalan: Apakah kegiatan Bapak semasa Jepun menduduki Malaya?

Rashid Maidin: Semasa pendudukan Jepun, saya terus bekerja di lombong kapal korek Tanjung Tualang, yang telah beralih ke tangan Jepun. Terhadap fasis Jepun, saya ambil sikap talam dan muka. Secara rahsia, saya buat kerja propaganda di kalangan kaum buruh, mendedahkan kezaliman fasis Jepun serta mendidik kaum buruh tentang perjuangan kelas dan Parti Komunis. Kegiatan itu bertujuan berkoordinasi dengan perang gerila yang dilancarkan oleh Tentera Anti-Jepun. Untuk memperbaiki kehidupan kaum buruh, yang sangat buruk waktu itu, kami membuat pakatan mengambil bijih di lombong waktu tengah malam dan menjualnya kepada pemborong gelap. Ini dapat menambah pendapatan kaum buruh sekali ganda.
Soalan: Bolehkah Bapak terangkan sedikit keadaan setelah Jepun menyerah diri?

Rashid Maidin: Masalah pokok masa itu bagi orang ramai ialah kelaparan. Untuk mengatasi masalah ini, PKM telah melancarkan gerakan menentang kelaparan yang diikut serta oleh berpuluh ribu orang ramai. PKM mengemukakan beberapa tuntutan kepada British: (1) Beri wang $10 seorang untuk menggantikan wang Jepun yang sudah tidak laku lagi; (2) Segera beri kerja kepada kaum penganggur; (3) Ubati orang sakit; (4) Segera hantar makanan ke Malaya dan berikannya kepada orang ramai. Saya campur gerakan ini di Ipoh. Di sana, di bawah anjuran Parti, kami mengadakan kegiatan masak nasi kawah untuk orang ramai yang lapar. Ini dapat membantu masalah orang ramai dalam batas tertentu, tapi British sangat marah. Mereka menghantar seorang pegawai tinggi dari Kuala Lumpur ke sana untuk mengugut kami. Kata pegawai itu, dia datang tidak membawa makanan, tapi bawa senapang dan meriam. Kebiadaban British ini mengobarkan lagi gerakan anti-kelaparan yang terus menjalar ke lain-lain tempat.
Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit hubungan Bapak dengan Bapak Abdullah C.D.?

Rashid Maidin: Masa pendudukan Jepun, Abdullah C.D. masuk pasukan gerila. Saya berkenalan dengannya pada penghujung perang anti-Jepun apabila beliau keluar dari hutan. Kemudian, setelah Jepun kalah, kami bersama-sama bekerja dalam pasukan propaganda PKM yang beribu pejabat di Ipoh. (Pasukan propaganda itu diketuai oleh Eng Min Chin, sebelum beliau mendirikan rumah tangga dengan Abdullah C.D. lebih 45 tahun yang lalu. Beliau memeluk agama Islam; nama Islamnya Suriani binti Abdullah.) Waktu itu, kerana komplotan Jepun dan British, timbul situasi pergaduhan kaum antara Melayu dan Cina. Kami berdua ditugaskan bergerak ke merata tempat untuk mendamaikan pergaduhan tersebut. Pada tahun 1946, kami berdua ditugaskan pula ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan kerja Melayu di kalangan pelbagai lapisan masyarakat, khasnya kaum buruh. Selain itu, kami juga bekerja di akhbar Pelita Malaya dan Suluh Malaya. Di Kuala Lumpur, kami tinggal bersama di sebuah rumah sewa. Ke mana-mana saja kami pergi, kami sering bersama.
Soalan: Kami tahu Bapak pernah ke London selepas perang.
Rashid Maidin: Ya, saya ikut serta dalam rombongan tiga orang mewakili PKM menghadiri persidangan parti-parti komunis empayar British pada tahun 1947 di London. Persidangan ini dihadiri oleh wakil parti komunis dari tanah jajahan dan bekas tanah jajahan British seperti Burma, Ceylon (Sri Lanka), India, Australia, Kanada, Kuba serta negeri-negeri Timur Tengah. Persidangan itu membahas masalah gerakan pembebasan dan mengeluarkan perisytiharan menuntut kemerdekaan bagi tanah-tanah jajahan.
Soalan: Ada apa-apa peristiwa menarik di persidangan itu?

Rashid Maidin: Ada beberapa peristiwa sampingan yang boleh saya sebut di sini. Pertama, dalam perjalanan ke London, kami singgah di India selama dua hari sebagai tamu Parti Komunis India, yang ketika itu dipimpin oleh P.O. Joshi. Di London pula, rombongan kami diberi penghormatan tinggi sebagai pahlawan anti-Jepun oleh persidangan itu. Kami juga dapat berkenalan dengan pemimpin parti-parti sekawan dari pelbagai negeri. Sampai sekarang, kami masih berkirim salam dan bertanya khabar.

Selain itu, ketika di London, dengan tak disangka-sangka, Tunku Abdul Rahman, yang sedang belajar undang-undang di England, telah mengutus surat kepada rombongan kami. Antara kandungan surat itu, Tunku meminta maaf kerana tidak dapat hadir sebagai pemerhati di persidangan parti-parti komunis itu. Beliau juga menyatakan harapan agar sidang itu memperoleh kejayaan. Bekas Residen British di Selangor pula menulis surat kepada saya meminta saya melapangkan masa untuk menemuinya. Mungkin, bagi British pada masa itu, kenyataan bahawa orang Melayu mencampuri gerakan Parti Komunis adalah satu hal yang besar.
Soalan: Apakah tanggapan Bapak terhadap peristiwa itu?

Rashid Maidin: Saya rasa ini menunjukkan PKM dihormati oleh pelbagai pihak di dalam dan di luar negeri.
Soalan: Bagaimanakah sambutan orang ramai, khasnya orang Melayu, terhadap PKM waktu itu?

Rashid Maidin: Sambutan orang ramai memang baik. Saya beri satu contoh. Setelah berdirinya PKMM, saya mula berkenalan dan bekerjasama dengan tokoh Melayu lainnya seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan Pak Sako. Sekembalinya kami dari London, saya bersama Dr. Burhanuddin, yang juga baru pulang daripada Persidangan Se-Asia di New Delhi, telah menjelajah ke seluruh pelosok tanah air untuk menerangkan perjuangan anti-penjajah – saya atas nama PKM, dan beliau atas nama PKMM. Kami mulakan lawatan kami dari Melaka terus hingga ke Perlis, kemudian berputar dan pergi lagi sampai ke Kelantan. Rapat umum yang kami adakan dihadiri oleh puluhan ribu orang. Di setiap negeri yang kami kunjungi, kami diberi sambutan yang luar biasa hangatnya oleh orang Melayu dan kaum lain.
Soalan: Kami difahamkan Bapak pernah ditangkap penjajah British dan dipenjarakan. Bagaimanakah hal sebenarnya?

Rashid Maidin: Saya ditangkap kira-kira sebulan selepas Darurat diisytiharkan, iaitu pada bulan Julai 1948 di Labu Kubung, Sungai Manik, Perak. Mula-mula, saya dipenjarakan di Taiping selama enam bulan. Selepas itu, saya, bersama-sama kira-kira 50 orang tahanan lain, termasuk Ustaz Abubakar Al-Bakir, Cikgu Sabrun dan lain-lain anggota PKMM, digiring ke Pulau Jerejak. Dari Taiping ke Pulau Jerejak, kami digari beramai-ramai, 10 hingga 12 orang dengan seutas rantai panjang. Di kem tahanan Pulau Jerejak, ada kira-kira 500 orang tahanan pelbagai kaum. Di sana, kami tubuhkan jawatankuasa mogok menentang peraturan penjajah British yang tidak membenarkan kami beli barang makanan dari luar atau terimanya dari rumah.
Soalan: Apakah tuduhan yang dikenakan ke atas Bapak?
Rashid Maidin: Saya dituduh sebagai komunis. Ramai pak haji, ustaz, guru dan lain-lain semuanya dituduh sebagai komunis. Ketua Intelijen British yang menyoal siasat saya mengatakan saya akan ditahan bertahun-tahun. Saya tanya: “Sebab apa dan apa buktinya?” Dia membuka fail catatannya dan memetik ucapan-ucapan saya dalam rapat umum di mana saya pernah berkata: “Selagi ada penjajah British di Malaya, kita akan berjuang terus.”

Setelah satu setengah tahun di Pulau Jerejak, saya dibawa pula ke Pulau Tanjung Beruas, Melaka. Penjara Tanjung Beruas lebih besar, mengandungi 1000 orang lebih tahanan, yang ditempatkan dalam blok-blok. Bagi satu-satu blok, terdapat 200 hingga 300 orang. Saya dimasukkan dalam Blok K bersama Cik Muda dari Terengganu, Cikgu Hamid dari Kelantan, Ustaz Yahya Nasim dari Selangor dan lain-lain anggota PKMM. Saya dipilih oleh kawan-kawan sebagai “Presiden Blok K”. Pak Sako dan Boestamam juga dipenjarakan di Tanjung Beruas, tapi ditempatkan dalam blok yang lain. Saya acap kali berjumpa dan berbincang dengan mereka di penjara itu.
Soalan: Bagaimanakah keadaan di penjara Tanjung Beruas?

Rashid Maidin: Pada mulanya, keadaan di sana lebih buruk daripada Pulau Jerejak. Misalnya, kami dipaksa angkut najis sendiri setiap pagi dan cuci jamban. Ini benar-benar menyebabkan kami marah. Setelah seminggu di sana, saya dan kawan-kawan bentuk satu jawatankuasa untuk melancarkan mogok lapar. Tuntutan kami ialah: (1) Berhentikan angkut najis sendiri, (2) Benarkan kami dirikan madrasah. Setelah tiga hari mogok, penjajah British mengalah dan menerima tuntutan kami. Selain itu, kami juga diberi kemudahan lain, termasuk bermain badminton waktu malam serta dapat membaca akhbar Straits Times. Tapi akhbar Utusan Melayu tidak dibenarkan.
Soalan: Kami dapat tahu Bapak dapat lepaskan diri daripada penjara itu. Ini benar-benar satu keajaiban!

Rashid Maidin: (ketawa) Bukan, ini bukan satu keajaiban. Sebenarnya, setelah dua tahun di Tanjung Beruas, muncul satu perkembangan baru. Kerana ekonomi British merosot akibat perang yang dilancarkannya terhadap Parti Komunis Malaya dan Tentera Pembebasan Nasional Malaya, ia pun menggunakan tahanan seperti kami menjadi buruh murah untuk membangun balai polis dan lain-lain. Dari Tanjung Beruas, 12 orang tahanan, termasuk saya, telah dipilih menjadi buruh untuk membangun sebuah balai polis di Caruk Batang, Jasin, Melaka. Kami diberi upah $1 sehari dan tinggal di berek polis yang dipagari kerawat berduri. Kerana saya mahir dengan soal elektrik, jurutera binaan di situ banyak bersandar pada saya. Pelan bangunan balai polis yang hendak dibina itu pun diserahkan kepada saya, manakala dia sendiri kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak.

Yang menjaga kami ialah beberapa orang polis Melayu, dengan diketuai oleh seorang sarjan yang telah bersara, bernama Pak Mi. Kami bernasib baik kerana Pak Mi benar-benar tak puas hati terhadap penjajah British, yang memaksanya berkhidmat semula dalam polis. Sebelum Darurat, Pak Mi pula pernah campur rapat umum dan kenal dengan saya. Dia memberitahu saya, tugasnya hanya menjaga “kerbau balar” (maksudnya orang putih), bukannya untuk menjaga tahanan. Pak Mi rapat dengan saya. Apabila makan tengah hari, dia dan polis lain makan bersama kami. Dia selalu bawa Utusan Melayu dan meminjamkannya kepada saya.

Di tepi tempat kami bekerja, ada sebuah kedai kopi orang Cina. Juga ada seorang budak Cina berumur 12 tahun menjaga lembu di situ. Melalui budak itu, saya mendapat hubungan dengan pasukan gerila kami di Melaka. Apabila perjanjian dengan kawan-kawan pasukan gerila sudah matang, saya bersama seorang tahanan lain, seorang pemuda bernama Yusuf dari Johor, membuat rancangan untuk melarikan diri semasa bekerja dan masuk hutan. Suatu hari, ketika makan tengah hari, saya dan Yusuf pura-pura sakit perut dan minta izin ke jamban. Kami dibenarkan pergi ke jamban tanpa dikawal. Mengambil kesempatan itu, kami pun terus lari ke hutan di mana bendera merah pasukan gerila, yang merupakan isyarat kami, sedang berkibar-kibar.
Soalan: Bagaimanakah Bapak dapat bergabung dengan pasukan Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Saya melarikan diri pada awal tahun1952 setelah kira-kira tiga setengah tahun dalam penjara. Setelah bergabung dengan pasukan gerila, saya dibawa dari satu tempat ke satu tempat untuk bertemu dengan Jawatankuasa Pusat PKM dan Rejimen ke-10. Perjalanan dari Melaka ke pangkalan Rejimen ke-10 di Pahang memakan masa hampir setahun melalui hutan. Setelah sampai di Kerdau, Pahang, pada akhir tahun1952, barulah saya bertemu semula dengan Abdullah C.D.. Sejak itu, saya terus berjuang di Rejimen ke-10.
Soalan: Apakah peranan Bapak dalam PKM dan Rejimen ke-10?

Rashid Maidin: Dalam PKM, saya menjadi salah seorang anggota Jawatankuasa Pusat. Di Rejimen Ke-10, saya bersama Abdullah C.D. dan pemimpin lain memimpin pasukan ini melancarkan perjuangan, baik semasa di Malaya, mahupun di sempadan. Saya pernah luka di kaki dalam pertempuran melawan penjajah British.
Soalan: Apakah Bapak pernah bertugas di pasukan lain selain daripada Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Oh ya, untuk satu masa kira-kira selama 10 tahun, saya bersama-sama memimpin Pasukan Kawasan Khas. Kemudian, pada tahun 1972, saya balik semula ke Rejimen ke-10.
Soalan: Apakah pendapat Bapak tentang peranan perjuangan bersenjata serta perjuangan rakyat tanah air kita dewasa ini?

Rashid Maidin: Kebanyakan masalah ini serta dasar-dasar PKM berhubung dengannya sudah pun dijelaskan oleh Pengerusi kami, Abdullah C.D., dalam temu bualnya. Jadi, saya tak akan mengulanginya di sini. Cuma satu perkara saja ingin saya tegaskan, iaitu masalah perang dalam negeri dan perdamaian. Parti Komunis Malaya bukan sebuah parti yang haus perang, bahkan merupakan sebuah parti yang cintakan perdamaian. Rakyat juga cintakan perdamaian. Sebab itulah, kami pergi ke Baling dulu. Kami bersedia menamatkan perang dalam negeri dengan syarat yang adil dan munasabah. Kami bersedia berjuang bersama-sama parti politik lainnya secara damai dan demokratik untuk sama-sama membangun tanahair kita menjadi sebuah negara yang demokratik politiknya, makmur ekonominya, maju kebudayaannya, serta bersatu bangsanya.

Read more...

Berniaga Cara Rasulullah

Ahad, 23 Oktober 2011



Seperti kita ketahui bahawa Nabi Muhammad SAW selain seorang nabi dan rasul, seorang pemimpin negara, seorang panglima perang, beliau juga seorang usahawan yang berjaya di zamannya… beliau telah berniaga dari kanak-kanak lagi iaitu berumur 12 tahun sewaktu mengikut pak cik Baginda untuk ke syam berniaga (Anak muda sekarang boleh mengikuti sunah rasul ini iaitu entrepreneur).
Di dalam berniaga Nabi Muhammad mempunyai 4 tips yang selain mendapatkan keuntungan besar juga mendapatkan keberkatan dari Allah.
1. Jujur adalah Brand
Semasa berniaga Nabi Muhammad SAW,anak muda yang dikenali dengan jolokan Al Amin (yang terpercaya). Sikap ini tercermin semasa dia berhubung dengan customer dan pembekalnya.

Nabi Muhammad SAW mengambil stok barang dari Khadijah, konglomerat kaya yang akhirnya menjadi iestri Baginda. Dia sangat jujur terhadap Khadijah. Dia pun jujur kepada pelanggan. Semasa memasarkan barangnya dia menjelaskan semua keunggulan dan kelemahan barang yang dijualnya. Kejujuran boleh dianggap, KEJUJURAN adalah brand Rasulullah SAW.
2. Mencintai Customer
Dalam berniaga Rasulullah sangat mencintai customer seperti dia mencintai dirinya sendiri. Itu sebabnya dia melayani pelanggan dengan sepenuh hati. Bahkan, dia tidak rela pelanggan tertipu semasa membeli.
Sikap ini mengingatkan pada hadis yang beliau sampaikan,
“Belum beriman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.”
3. Memenuhi Janji
Nabi sejak dulu selalu berusaha memenuhi janji-janjinya.
Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman penuhi janjimu.” (Surah Al Maidah 3).
Dalam dunia pemasaran, ini bererti Rasulullah selalu memberikan value produknya seperti yang diiklankan atau dijanjikan.
Pernah suatu ketika Rasulullah marah ketika ada peniaga yang mengurangkan timbangan. Nabi ibarat menjamin customer satisfaction (kepuasan pelanggan).
4. Segmen jualan ala Nabi
Semasa menjual barang dia selalu menunjukkan bahawa barang ini bagus kerana ini.., dan barang ini kurang bagus, tapi harganya murah.
Nabi pernah marah ketika melihat peniaga menyembunyikan jagung basah di celah-celah jagung kering.
Pelajaran dari kisah itu adalah bahawa Nabi selalu mengajar kepada kita agar memberikan good value untuk barang yang dijual. Sekaligus Rasulullah mengajar membuat segman: barang bagus dijual dengan harga bagus dan barang dengan kualiti lebih rendah dijual dengan harga yang lebih rendah.
Contohnya anda adalah dilarang meletakkan barangan tak ori dengan harga barang ori.
Kepada pembaca isuhangat yang berniaga tidak kira berniaga apa pun, part time atau full time. Semoga apa yang diajarkan Baginda Rasul SAW ini boleh kita terapkan dalam bisnis kita dan dapat memberi inspirasi kepada korang…amin…
Posted @ www.isuhangat.net.

Read more...

Rahsia Tersembunyi Yang Amat Digeruni Yahudi

Sabtu, 22 Oktober 2011








Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.


(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.



Al- Fatihah kpd Muammar Ghadafi


Sumber :http://pejuangmelaka.blogspot.com/20....html?spref=fb

Read more...

Mykad Baru Akan Digunakan Mulai Januari 2012

Selasa, 18 Oktober 2011







Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap

kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya
terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada
permukaan kad.

— Bernama

Read more...

Transformasi artis malaysia

Transformasi artis malaysia dulu dan sekrang....Jom layannn~~~

ANITA BAHAROM
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


AZHAR SULAIMAN
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


DAFI
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


DATUK K
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


DIANA DANIALLE
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


ELFIRA LOY
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


FAEZAH ELAI
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


FAHRIN AHMAD
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


FARA FAUZANA
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


FASHA SHANDA
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


LISA SURIHANI
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


MAWI
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


MILA
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


NANA AF
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


ROZITA CHE WAN
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


SHAHIR AF
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


CT NURHALIZA
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


TIZ ZAQYAH
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


UMIE AIDA
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


WARDINA
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


Serupa ke tidak??heheh


sumber

Read more...

Sejarah Yang Digelapkan : Islam Di Benua Amerika

Sabtu, 15 Oktober 2011


Sejarah mereka telah digelapkan

Jika
anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.


Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).




Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat


Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.



Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap
tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabarysuku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.





Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang
menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.


















Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi,Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.



Suku Makah yang menutup aurat



Gadis Zuni, 1903

S
elain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.





Klik gambar untuk besarkan


Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bu
kankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.






Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke


Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.



Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut
catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah SepanyolAbdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr.
Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahanKhalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.




Palos, Sepanyol

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol,Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).



Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran
melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan
dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota diTimbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.



Lokasi Timbuktu

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara SultanMansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi.


Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada rajaOttoman Sultan Selim I tahun 1517.




Peta Piri Re'isi


Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar


Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik
kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus
juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan
fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Ninaadalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]



Martin Alonso Pinzon



Vicente Yanex Pinzon


Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran
Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.



Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus.
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.



Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418


Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies
melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari
bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.




Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.



Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.


Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsaMongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.


Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia




(sumber)

Read more...

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP