Khasiat Ulam : Pegaga
Jumaat, 7 Mei 2010
Pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah, meningkatkan kesihatan kulit dan dikatakan membantu pemulihan rahim.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Antara khasiat ulam Pegaga ialah :
- Mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas, menambah kekuatan fizikal dan mental.
- Meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan membebaskan badan dari bahan toksik.
- Sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan, mengatasi masalah kulit dan kemurungan.
- Merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
- Menyegarkan badan dan merawat pitam, mengurangkan berat badan serta awet muda dan rawatan ibu lepas bersalin.
0 komen:
Catat Ulasan