Buka Folder Dan Drive Dengan Selamat, Elakkan Virus!
Rabu, 26 Mei 2010
Cara paling mudah dan paling popular untuk menyebarkan virus adalah melalui USB drive. Situasi ini biasa lazimnya berlaku di kolej dan universiti, di mana pelajar-pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail ke dalam komputer kawan.
Jika anda seorang yang berjaga-jaga, pastinya anda ada memasang antivirus untuk memeriksa USB drive tersebut. Selain itu, terdapat beberapa langkah mudah yang lain untuk mengenalpasti , irus dan malware apabila anda membuka satu-satu folder, seperti di bawah:
Tunjukkan fail tersembunyi dalam Windows
Walaupun mungkin nampak agak bersepah setelah anda menunjukkan fail-fail tersebut, namun ianya penting supaya anda akan cepat perasan jika terdapat apa-apa virus atau malware yang mencurigakan.
Jangan gunakan autorun
Apabila ada cucuk pen drive pada komputer, autorun akan dimainkan untuk membuka pen drive secara automatik. Jangan gunakan autorun ini, kerana biasanya Virus mengeksploitasi cara ini untuk melancarkan dirinya. Anda juga boleh terus matikan fungsi autorun ini dalam Windows XP.
Gunakan Windows + E untuk buka folder
Buka Windows Explorer dengan menekan Windows + E. Jika anda ingin membuka mana-mana drive, gunakan navigasi di sebelah kiri. Dwi-klik, klik kanan, klik kiri, ataupun Open/Explore pada drive kini sudah tidak selamat lagi kerana selalu digunakan untuk melancarkan virus dan malware.
Amalkan ketiga-ketiga cara ini bagi gaya hidup komputer yang sihat. Jangan lupa pasang antivirus ya..

0 komen:
Catat Ulasan