Faezah Elai jadi Tun Fatimah
Ahad, 23 Mei 2010

Faezah Elai telah di pilih oleh Zalo Sulan untuk memegang watak Tun Fatimah dalam filem terbarunya yang mengisahkan tentang pahlawan melayu melaka. Dengar cerita filem ni sedang rancak di shooting.

Bercerita lanjut mengenai watak itu, Faezah memberitahu dia berfikir banyak kali untuk menerima watak berkenaan kerana mengetahui bakal berdepan cabaran dan tanggungjawab besar menjayakan drama berkenaan.
“Saya terpaksa belajar teknik bersilat kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui cara bersilat. Aksi pergaduhan dalam beberapa babak sehingga mengakibatkan badan bercalar dan bengkak sememang satu ujian besar dalam membawakan watak ini.
“Saya akui watak ini cukup berat memandangkan sebelum ini saya tidak pernah melakonkan watak epik yang dikenali ramai. Apatah lagi terpaksa menguasai dialog dalam sebutan bahasa baku dengan betul. Penggambaran untuk drama ini juga membabitkan masa yang panjang.
“Memang saya banyak berfikir sama ada mahu menerima tawaran menjayakan watak ini atau tidak. Pada saya tidak salah untuk menyahut peluang yang diberikan. Kalau tidak cuba saya sendiri tidak tahu kemampuan saya,” katanya.
Drama lapan episod bercorak epik itu diarahkan pengarah berkaliber, Zaili Sulan. Selain Faezah drama yang bakal ditayangkan pada September ini menampilkan Mubarak Majid, Rashid Jaafar, Rashidah Jaafar, Roslan Hussien, Namron dan Tania Zara.

0 komen:
Catat Ulasan