Cinta? Apa Itu Cinta?
Selasa, 25 Mei 2010
Cinta? Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah  yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik  kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana cinta itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi  krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai  kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat  bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai  dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin  hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat  Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika  tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta  Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke  dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari  cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan  akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan  Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta  sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta  Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Allah menjadikan  manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia  menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan  dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk  dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang  dicintai.
Cinta  Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak dapat dilihat,tetapi cinta itu indah dan  cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik  malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta  Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari  diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang  dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai  dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal  balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi  juga menerima.
Cinta  Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya  khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.  Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada  ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta  Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu  siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh  jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu  apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu  akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta  Itu Hidup
Cinta adalah ibarat bunga,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan  gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata  cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang,  benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta  itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang  berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup  walaupun telah mati.
Cinta  Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta  bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan  cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa  Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka  yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.  Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang  tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta  Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu  nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda  melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan  merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana  dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona  ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang  dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul  walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.  Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang  yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu  dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika  anda sentiasa ingat kepada Allah Maha Pencipta.
‘Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri  kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan  selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri’
Sumber: sentuhan kasih suci

 

0 komen:
Catat Ulasan