.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Terjah Restoran Mamak....Halal @ Haram??

Ahad, 23 Mei 2010

Sebelum nak cite,maiii kite baca intronya.....

PANTAU RESTORAN MAMAK ELAK ORANG ISLAM TERTIPU


TERLALU banyak restoran mamak di Malaysia sekarang sehingga menenggelamkan sebahagian besar restoran milik orang Melayu. Senario ini jelas di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Star, Johor Bahru, Melaka, Seremban dan lain-lain bandar utama.

Kita tidak mempertikan hak mutlak rangkaian perniagaan restoran mamak ini. Cuma apa yang kita harapkan ialah pihak kerajaan dapat memantau perniagaan mereka kerana ada beberapa perkara yang tidak betul.

Antara perkara yang menjadi persoalan ialah ada pengusaha bukan Islam yang sengaja menggunakan imej Islam untuk menjalankan perniagaan restoran mamak.

Mereka bukan India Muslim. Mereka hanya mengambil kesempatan membuka restoran mamak untuk menarik perhatian masyarakat Islam bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Modus operandi yang mereka gunakan ialah mendaftarkan perniagaan menggunakan nama yang berciri kemelayuan, kemudian menggantung tulisan khat ayat-ayat sud al-Quran di dinding, mengarahkan semua pekerja memakai songkok atau kopiah, dan ada sesetengahnya menutup kedai ketika waktu solat Jumaat.

Ini bagi tujuan untuk mempamerkan kononnya mereka adalah restoran Islam. Bagi mengukuhkan identiti, mereka juga menggunakan lambang bulan sabit dan bintang pada papan tanda iklan.

Perbuatan menggunakan tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran ini pernah dihebahkan sebelum ini. Namun hingga ke saat ini, tiada pemantauan yang teliti dilakukan oleh pihak berkuasa.

Adalah sukar untuk membezakan restoran mamak dan restoran mamak celup ini kerana rupa dan bahasa pertuturan pengusaha, juruwang dan kakitangan adalah sama.

Di Alor Star, terdapat laporan yang mengatakan restoran mamak membeli ayam secara pakej daripada pengusaha bukan Islam. Dipercayai kebanyakan restoran mamak di sana terpaksa akur dengan pembekal daging ayam terbabit akibat campur tangan pihak atasan.

Begitu juga di tempat lain, ada yang terjumpa barangan yang tidak elok dalam makanan mereka. Namun apabila perkara ini diajukan kepada pihak terbabit, tiada tindakan.

Persoalannya adakah perkara ini pernah disiasat oleh pihak-pihak berkaitan. Sampai bilakah penipuan ini harus berterusan? Apa yang lebih menarik, terdapat juga sesetengah restoran mamak yang mengambil pekerja terus dari India. Mungkin harga dan kos perbelanjaan lebih murah. Ada antara pekerja terbabit langsung tidak tahu berbahasa Malaysia atau Inggeris.

Bahkan ada yang menjadi juruwang sedangkan mereka tidak berpelajaran. Akibatnya banyak berlaku kesilapan yang tidak disedari oleh para pelanggan. Senario di Malaysia, pelanggan terus membayar harga makanan tanpa mengira dengan teliti satu persatu harga makanan terbabit. lni satu kelebihan buat mereka sebenarnya.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, maka saya dengan ini menyeru pihak berkuasa agar memantau kebanjiran restoran mamak di negara kita. Jangan sampai semua restoran Melayu diambil alih oleh mereka untuk dijadikan restoran mamak.


Alamak! Restoran Mamak Palsu..


KUALA LUMPUR: Menggelikan hati apabila seorang pekerja restoran ‘mamak klon’ pucat lesi dan gagap sejurus diminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah bagi membuktikan dirinya penganut Islam tulen. Dalam sesi ujian oral terbabit, pekerja restoran terbabit yang mengaku Islam dari selatan India hanya terkebil-kebil selepas berulang kali diminta pegawai Jakim membacakan ayat mudah terbabit sejurus serbuan dilakukan di sebuah restoran ‘mamak’ di Kota Damansara, di sini.
Dalam operasi jam 11 pagi semalam, sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran terbabit selepas mendapat aduan berhubung penggunaan logo halal mencurigakan yang dipasang dalam premis berkenaan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang mengetuai operasi terbabit berkata, langkah memeriksa premis makanan terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru status restoran itu yang menggaji majoriti pekerja asing.

Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.
“Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.
“Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamerkan serta menggantungkan sijil halal berkenaan dalam premis untuk meyakinkan pelanggan berhubung produk dijual.
“Susulan itu, Jakim sengaja mengatur sesi ujian temuduga ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam. Justeru, penyelia terbabit segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam dan dibawa masuk dari India.

“Berdasarkan pas pekerja, pembantu restoran itu dikenali sebagai Ahmad Kadir, 26 tahun. Namun, agak mengejutkan apabila dia langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan surah al-Fatihah,” katanya.

Menurutnya, pembantu kedai terbabit terkebil-kebil kebingungan seolah-olah kali pertama mendengar ucapan dua kalimah syahadah yang dilafazkan seorang pegawai Jakim.

“Sehubungan itu, Jakim percaya bahawa semua pekerja di restoran terbabit adalah bukan Islam dan tidak layak mendapatkan sijil halal,” katanya ketika ditemui semalam.

Bimbang tindakan pemilik restoran terbabit terus memperdaya orang ramai, Jakim mengarahkan supaya logo halal Jakim segera ditanggal pekerja restoran berkenaan.

“Agak mendukacitakan apabila pemeriksaan mengejut pada bahagian dapur restoran mendapati lantai dan kawasan memasak dalam keadaan kotor tidak terurus,” katanya.

Menurutnya, pemilik restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.


Sori ek,nak jd karam singh walia n nash ahmad sat....hehe....
Bermula ler kisah.......klu aku cite,mesti de yg xcaye n de yg persoalkan...tp aku trpaksa ler cite utk smua tau n pk ler sndri yek.....kite ni still bangga2kan agi kedai mamak ni tp kite xnmpk disebaliknya.....ni nak cite n aku bukan ler nak reka cite,just utk share jek,aritu de ustaz n ustaz ni femes gak mai kedai mamak n nak makan,duduk punye duduk,tetibe die rase len....pastu dtg plak makanan yg die order,mcm besa laa ek bg umat islam,sblm makan kene baca doa makan n nak makan kene baca bismillah.....nak dijadikan cite,dgn kuasa allah yg maha besaq lg maha berkuasa,tetibe die nmpk sesuatu yg mengelilingi restoran n makan minumnya.....so,paham laa ek....syaitan tu de kat sekeliling kite tp syaitan suke klu kite makan bende yg haram.....nape klu kedai melayu jek yg sll disita tp kedai mamak makin maju....kat malaysia jek,bile bangunan kedai baru jek,bahagian corner2 mesti mamak.....so,sama2 kite fikirkan n renung2kan....hehe....

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP