.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Allah Kirim Malaikat Kejutkan Kita

Selasa, 29 April 2014




"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Subhanallah...

Kata Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz

Read more...

Tasik Kenyir Fest 2014 Malaysia Terengganu

Ahad, 6 April 2014


Keindahan Pantai Timur. Festival Kenyir 2014 dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Pelbagai Aktiviti Pelancongan dan Program menarik berlangsung selama sebulan di Tasik Kenyir Hulu Terengganu yang bermula pada 29 April. 

Berbagai Program Menarik disediakan sepanjang Tahun Melawat Terengganu 2014dan Tasik Kenyir Fest 2014 ini merupakan program khusus sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di bawah Tourism Malaysia Terengganu. Empangan Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan utama di Terengganu.

Destinasi Pelancongan Menarik di Terengganu Empangan Tasik Kenyir. Keunikan tasik yang kaya dengan pelbagai hidupan akuatik seperti Pusat Santuari Ikan Kelah dan Elephant Village. Terokai keindahan dan keaslian alam serta melihat sendiri kesan peninggalan sejarah di Gua Bewah dan Gua Taat.



Sempena Festival Kenyir 2014 Selain menerokai keindahan asli dan semulajadi, para pengunjung dan pelancong juga disediakan engan berbagai Program dan Aktiviti menarik sepanjang Tahun Melawat Terengganu. Keindahan tasik Buatan, flora dan fauna yang memberi sejuta kejutan alam untuk dinikmati. Apakah Aktiviti dan Program di Festival Kenyir 2014



Senarai Program dan Aktiviti di Festival Kenyir 2014

Banyak program dirancang demi memanfaatkan setiap detik dengan Aktiviti menarik di Festival Kenyir 2014. Penambahbaikan Sistem pengangkutan dan juga Hotel-Hotel baharu telah dibina untuk keselesaan para pengunjung ke Hulu Terengganu. Program menarik di Festival Kenyir 2014 adalah

  • Helicopter Ride
  • Kejohanan memancing Piala Kenyir
  • Power Boat
  • Memancing Jelajah Tasik Kenyir
  • Persembahan kebudayaan
  • Pameran Kraftangan


Festival di Tasik Kenyir akan berlangsung selama sebulan mulai 29 April 2014. Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan utama di Terengganu. Tasek Kenyir Fest 2014 merupakan program khusus sempena TMT 2014 di bawah Tourism Malaysia Terengganu. Penganjur Pesta Tasik Kenyir iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yakin Tasik Kenyir bersedia untuk menyambut Ketibaan Tetamu ke Negeri Terengganu bersempena Sempena TMM 2014.


sumber

Read more...

Taman Tema Animasi ...di Ipoh Perak 2015

Taman Tema Animasi di Perak ialah taman teman terkini bernilai RM450 Juta yang bakal dibuka seawal 2015. Taman tema ini akan menempatkan kawasan hiburan bertemakan  The Croods, Mr Peabody and Sherman, Casper The Friendly Ghost dan Megamind di dalam kawasan sebesar20.7 hektar di Meru Raya Ipoh. So far so good. Nampak menarik terutamanya kawasan bertemakan angkasa lepas.Ia di usahakan oleh Perak copration dan Autralia sanderson grop Makin mahal lagi harga hartanah di sana...huhhuhuhu.

“Although Perak… is notably the most visited state in Malaysia by domestic tourists, with up to 5.85m visitors last year, most tourists tend to visit the state only for a brief while without spending the night,” said Aminuddin Md Desa, chief executive of Perak Corporation Bhd.

“Thus, the development of MAPS will then seek in boosting Perak to realise its full potential as one of Malaysia’s top tourist destinations, wheretourists can also experience a world-class theme park adventure, which includes over 40 rides and attractions as well as a variety of themed food & beverage and retail outlets throughout a 52-acre (21-hectare) site,” he added.






Read more...

11 perkara Yang Melayu Takut ...?

Rabu, 19 Februari 2014





Dalam kehidupan kita, ada banyak perkara-perkara yang kita takutkan atau risaukan.

Boleh jadi perkara-perkara tersebut adalah benda-benda yang fizikal dan hidup seperti labah-labah berbulu sebesar tapak tangan, lipas yang menyusup masuk ke dalam telinga, kemalangan jalan raya dan terputus kepala, sedang berjalan untuk ke kantor tiba-tiba ada cermin tingkap terjatuh dan memotong otak kita atau seorang pembunuh bersiri yang gila tiba-tiba mengetuk pintu rumah kita.

Gasp.

Dan boleh jadi juga perkara-perkara yang kita gerunkan/khuatirkan itu adalah sesuatu yang abstrak dan halus, seperti risau dibuang kerja, harga barang naik dan terpaksa menjual kereta Vios yang baru dibeli itu, gerun akan turunnya Dajjal sedangkan kita masih tidak bersedia dan prospek diserang penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, H1N1 dan sebagainya.

Jika difikirkan satu-persatu perkara-perkara yang menakutkan dan merisaukan kita, sudah pastilah kehidupan kita akan jadi sangat tertekan sehingga membuatkan rambut kita beruban dan memaksa kita untuk terjun banji ke dalam gaung. Begitu banyak dan mengerikan bukan..?

Lebih menarik sekiranya kita mengkaji dan membuat deduksi, apakah yang ditakuti oleh kebanyakan daripada rakyat Malaysia? Malah untuk lebih fokus dan menjadikan kajian kita lebih praktikal dan bermanfaat, kita kecilkan taburan subjek eksperimen khusus kepada masyarakat Melayu Muslim sahaja.

Nah, apakah yang paling ditakuti dan digeruni oleh masyarakat Muslim Malaysia sehingga membuatkan mereka menggigil kepala lutut dan terkencing-kencing di dalam seluar? Mari kita lihat!

1.Orang Kata
Cuba lihat kembali ,bila nak buat benda baik @ benda baru takut.Sebab Apa takut orang Kata.Ini andalah punca utama kita susah nak maju kedepan.Nak buat je pikir apa orang kata nanti.Padahal orang tak kata apa pon dan tak peduli pun apa yang korang nak buat.Tetapi kita tetap terasa cam ada orang memerhati dan nak kata.

Jadi kita kita boleh Nyahkan perkara nie pasti kita semua Akan lebih maju kehadapan dan lebih Berdaya saing dengan sihat.


2. Babi
Entah mengapa, orang Melayu Muslim di negara kita begitu takutkan makhluk Allah yang satu ini. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan lembu pendek ini dikira sebagai tabu dan haram totok. Sekiranya mak atau kakak saudara kita terbeli kasut yang tapaknya diperbuat daripada kulit babi, itu adalah hari kiamat untuk mereka.

Dan begitu mudah untuk membangkitkan kemarahan dan mengganggu jiwa masyarakat Melayu Muslim di negara ini, anda hanya perlu mencampakkan secebis/sepotong daging babi ke dalam masjid/surau yang berdekatan. Mahu lagi ekstrem silakan bawa kepala babi sekali.

Arak? Tadehal. Zina? Biasalah tu. Judi? Eh, trend semasa kan..? Babi? HAAARAAAAMMMM!

Peluh besar.

3. Cina
Satu lagi perkara yang amat ditakuti dan menyebabkan fobia/trauma tahap gaban bagi masyarakat Melayu Muslim adalah kaum Cina. Kaum India ok, tapi kalau kalum Cina, kena hunus keris! Eh.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kaum ini. Perompak harta negara la. Tak kenang budi la. Pendatang haram la. Semuanya tuduhan-tuduhan tidak berasas yang mampu mengganggu-gugat keaman dan kestabilan negara.

Walhal kalaulah orang Melayu Muslim ini belajar sejarah dan mengkaji susur-galur Tanah Melayu dengan adil dan saksama, mereka akan mendapati keberadaan kaum Cina di negara ini adalah seawal penubuhan Kerajaan Melayu Melaka lagi. Malah antara teori kemasukan Islam ke negara ini adalah menerusi para pedagang Cina yang sudah pon memeluk Islam ketika itu.

Mungkinlah ini sebabnya orang Cina begitu fedap dan fobia untuk mengenali dan mempelejari Islam. Sampaikan kalau mahu masuk Islam, mereka terpaksa masuk 'Melayu' dengan menukar nama mereka dan belajar memakai kain pelikat.


Yang membezakan antara kita hanyalah taqwa, kan..? [Kredit]

4. Hantu dan segala bagai makhluk halus
Ha, ini juga merupakan antara benda/perkara yang amat ditakuti oleh masyarakat Melayu Muslim di negara ini. Sikit-sikit, akan dikaitkan dengan hantu. Sikit-sikit, akan dikaitkan dengan rasukan jin. Ternampak kain putih yang berterbangan di luar tingkap, terus dituduhnya sebagai pontianak busuk sundal malam, walhal Puan Isteri terlupa nak angkat kain jemuran di siang hari.

Masyarakat Melayu Muslim kita rupa-rupanya masih lagi begitu mudah terpedaya dengan perkara-perkara khurafat sebegitu. Bukan mahu menafikan kewujudan jin, namun tidak perlulah berlebih-lebihan dalam berbicara dan bertindak terhadap kewujudan mereka ini.

Ironinya, di dalam ketakutan masyarakat terhadap hantu, topik ini jugalah yang paling hangat dan seronok untuk dibincangkan di kedai-kedai kopi atau forum-forum di alam maya. Setiap tahun, pasti lebih daripada sepuluh filem yang berkisarkan hantu dan jin akan dihasilkan.

5. Wahhabi
Pandang kiri, pandang kanan.

Ini adalah fenomena sedikit baru (dalam 4-5 tahun kebelakangan ini) di mana masyarakat Melayu Muslim di negara ini begitu takutkan sekelompok manusia lain yang berfahaman dengan fahaman Wahhabi. Jujur saya tidak mampu untuk komen panjang lebar pada ruangan yang terhad ini.

Namun cukuplah saya simpulkan, terlalu banyak salah faham tentang Wahhabi ini. Benar, memang ada segelintir daripada mereka yang berfahaman dengan fahaman yang ekstrem dan kita menolak kefahaman yang ghuluww (berlebih-lebihan) sebegitu. Namun untuk menuduh semua orang yang tegas dan syadid dalam pendirian mereka dalam melaksanakan hukum dan syariat Islam, itu tidak tepat sama sekali. Dan memburuk-burukkan Syaikh Muhammad Wahab (dituduh sebagai pengasas Wahhabi, walhal di zamannya dia tidak pon menggelarkan ajarannya sebagai Wahhabi) tanpa fakta dan dalil yang sahih dan kukuh, adalah perbuatan yang terkutuk dan dilaknat.

Hanya kerana seseorang itu berbeza pendapat dengan kita, kita terus tuduhnya sebagai Wahhabi. Hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kita, pantas kita labelnya sebagai Wahhabi!

Tidak membaca Qunut ketika solat Subuh? Wahhabi! Tidak membaca doa secara berjemaah selepas solat? Wahhabi! Pakai kopiah senget sikit? Wahhabi! Pppffftt.

6. Agenda Freemason dan Yahudi
Semua benda pon adalah salah Freemason. Semua benda pon adalah disebabkan agenda si Yahudi yang jahat dan keji itu.

Ekonomi negara terjejas teruk? Itu rancangan Yahudi! Pelancong takut nak datang Malaysia? Itu agenda Freemason! Kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Keceriaan dan Kebersihan Kampung? Yahudi punya kerjalah ni! Kereta rosak di tengah jalan? Ah ini semua propaganda Freemason!

Walhal ekonomi teruk sebab rasuah dan pecah amanah. Walhal pelancong tak datang sebab jenayah yang semakin menakutkan. Walhal tak terpilih dalam pemilihan sebab rumah sendiri tunggang langgang. Walhal kereta rosak sebab air enjin dah habis!

Aduhai.



Ok ini memang buat gue gelak guling-guling. [Kredit]

7. Tiada air
Uisshh kalau yang ini, saya pon takut!

Agak menarik apabila difikirkan, bagaimana rakyat Malaysia boleh untuk berasa risau dan takut dengan kebarangkalian ketiadaan air di rumah, di dalam sebuah negara yang terletak di atas garisan Khatulistiwa. Dalam banyak-banyak negara di dunia ini, Malaysia sepatutnya menjadi antara negara yang tidak perlu risau akan berlakunya krisis kekurangan air!

Saya boleh faham mengapa rakyat Malaysia begitu fobia dan trauma dengan kejadian tiada air ini. Sekali air dicatu, bagaimana mahu mandi tiga kali sehari? Bagaimana mahu mandi wajib? Ambil wudhu'? Buang air besar? Mencuci kereta? Menyiram pokok? Memandi kucing? Parah parah.

8. Tak dapat menunaikan umrah dan haji
Hal ini mungkin lebih relevan kepada golongan yang sudah berusia.

Sejak azali kita sudah diajar bahawa mengerjakan haji dan umrah itu wajib bagi mereka yang berkemampuan, dan definisi berkemampuan adalah mempunyai wang dan dana yang mencukupi. Maka wang hasil titik peluh akan disimpan di bawah bantal atau di atas almari untuk tujuan perbelanjaan mengerjakan haji/umrah.

Tidak dapat mengerjakan haji itu merupakan suatu ketakutan yang amat dahsyat bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang masih belum berpeluang mengerjakannya.

Pada masa yang sama, ada pula segelintir manusia yang hampir setiap tahun mengerjakan umrah dan tiga empat tahun sekali, mengerjakan haji. Alangkah bagusnya andai wang yang dibelanjakan itu disedekahkan untuk membiayai mereka yang masih berpeluang ke Tanah Haram..? Atau diinfaqkan untuk tujuan amal-amal fi sabilillah..?

Saham-saham sorganya berterusan dan bercucu-cicit hatta kita telah lama meninggalkan dunia yang fana ini! Pergh.

9. Anak tak dapat sambung belajar
Ini juga merupakan antara faktor ketakutan yang menyebabkan ramai ibu ayah dan mak abah tak tidur malam; anak mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Meski faktor ini ada relevannya, namun tidaklah wajar andai ia begitu ditakuti sehingga seolah-olahnya tiada lagi hari esok atau anak itu wajar ditolak masuk gaung sahaja. Eh.  Ditambah pula dengan faktor (2) seperti di atas, mak ayah kita terlalu amat fobia andai ada dalam kalangan anak-anak mereka yang gagal melanjutkan pelajaran.

Kadangkala saya merasakan ibu bapa di Malaysia ini terlalu jumud fikirannya. Dan terima kasihlah kepada sistem pendidikan negara yang sedia ada, yang jarang sekali meraikan dan memperkasakan minat dan kesukaan seseorang itu.

Dengan sistem pendidikan yang semakin mengarut dan entah apa-apa, kasihan juga pada mak ayah dan anak-anak zaman moden ni. Bersyukurlah Malaysia masih aman. Eh.

10. Anak-beranak / saudara-mara / sepupu-sepapat masuk usrah
Usrah itu ekstrem. Dalam usrah belajar buat bom. Antara yang diajar dalam usrah adalah bagaimana mahu kumpul duit untuk pergi ke Afghanistan.

Hallo?? Ini zaman MukaBuku dan Pengicau kot..? Wardina Safiyyah pon sertai usrah tahu...?

11. Tak kahwin-kahwin
Err. Err. maaf tak boleh nak huraikan panjang lebar, tak sesuai untuk bacaan bawah umur.

Wahahaha. Lari laju-laju.

Ehem.

Di sebalik perkara-perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat Melayu Muslim seperti yang disenaraikan di atas, menarik juga sekiranya kita melihat pula apakah perkara-perkara yang paling tidak ditakuti dan dirisaukan oleh mereka.

Menurut kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Hang Li Poh beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati, sepuluh perkara berikut merupakan perkara-perkara yang jarang sekali menjadi kerisauan atau igauan ngeri masyarakat Melayu Muslim di negara ini.
Rasuah yang bermaharajalela
Kebejatan sosial yang melibatkan segenap lapisan masyarakat, baik tua atau muda, selekeh atau bergaya
Ahli politik yang zalim dan pecah amanah
Budaya hedonisme (berjimba dan berhuha-huha) yang melampau-lampau
Remaja berusia lima belas tahun tapi masih tidak reti mengucap syahadah apatah lagi bacaan tahiyat akhir
Anak umur doblas dah ada gelpren/boipren
Orang Melayu Muslim main judi, minum arak dan hisap dadah
Negara porak-peranda dan kacau-bilau sebab ada orang yang sengaja suka untuk menyebarkan fitnah dan mengadu-domba
Orang bukan Islam yang semakin jauh dengan Islam dek perangai dan akhlak orang Islam sendiri
Bala Allah yang mungkin turun akibat semua perkara di atas
Begitulah sedikit-sebanyak faktor-faktor ketakutan (dan faktor-faktor yang tidak ditakuti) oleh kebanyakan daripada masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ada antaranya adalah faktor yang evergreen, laku dan benar sepanjang zaman. Ada pula faktor-faktor yang berevolusi mengikut keadaan dan perkembangan semasa.

Nah, anda bagaimana..? Apa pula faktor-faktor yang menakutkan anda..?

sumber

Read more...

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP