[Penting] Jom Periksa Arah Ki bla t di Premis Kita
Jumaat, 28 Mei 2010

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan  sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak  kembali arah kibla t kita.
Pada jam 5.16 PM , 28  Mei 2010 nanti (Jumaat ini), Matahari berada tegak  di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah. Fenomena yang dikenali sebagai  istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan  kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan  kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk  kegunaan manusia umumnya.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan  bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran  Allah) bagi orang-orang yang berakal”
“(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam  keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan  bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan  semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”
(Surah Al-Imran: Ayat 190-191)
Ada yang bertanya, mengapa bersusah-payah berjemur  tengah panas mencari kedudukan kibla  t, lebih baik guna kompas.
Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan  medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan  (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah  lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah  yang hendak dicari.
Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk  arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.
Ini semua  kerana jaminan Allah SWT yang  telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam  dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu  beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)
“Dan bukan matahari mendahului bulan dan  bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak  sendiri.” (Surah Yaasin: 40)
Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Teknologi  yang sedia ada ini semuanya berasal daripada keadah ukuran yang dibuat  oleh ilmuwan terdahulu.
Dr.Baharuddin Zainal (UDM) menjelaskan di dalam  artikel “Arah Ki  blat: Isu Istiwa Adzam”
di laman web UDM, bahawa kaedah falak tradisional ini lebih ‘mesra  pengguna’, dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari  ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!
Kembali kepada fenomena yang akan berlaku Jumaat ini,  tepat pada jam 5.16 PM, matahari akan bergerak dan berada pada  kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di  Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri  tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.
Ketika itu, waktu  di Mekah ialah 12.16 tengahari.
Oleh itu, pada saat itu, jika kita di Malaysia  pandang ke arah matahari, bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah  kibla  t.
Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan  menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang  tegak 90 darjah sebagai panduan. Garisan bayang-bayang yang terhasil  akan terarah tepat ke Mekah.
Pada tahun 2007, saya telah menjumpai sebuah  powerpoint menunjukkan kaedah mudah menentukan arah kibla  t tersebut. Alhamdulillah, saya dapati selepas itu,  ia telah ditukar format di PDF oleh hamba Allah yang tidak diketahui dan  tersebar luas dari tahun ke tahun. Semoga Allah SWT merahmati usaha  sesiapa sahaja yang menyebarkan maklumat itu untuk kebaikan semua.
Jika berminat, boleh juga muat turun di SINI.
Oleh itu, jangan berlengah lagi. Jom kita periksa  sekali lagi arah kibla  t pada 28 Mei ini.
NOTA:  Fenomena yang sama akan berulang pada 16 Julai 2010, jam 5.28 PM.
Sumber: falak-online / UDM Terengganu

 

0 komen:
Catat Ulasan