Muslimah pertama di kabinet UK
Rabu, 19 Mei 2010
Lady Warsi menjadi wanita Muslim pertama untuk memegang jawatan di kabinet Inggeris.
David Cameron, Perdana Menteri baru United Kingdom dari Parti Konservatif , telah menamakan, Baroness Warsi Sayeeda, 39 tahun dari Dewsbury yang keluarganya berasal dari Gujjar Khan, Pakistan, sebagai Menteri tanpa portfolio dalam kabinetnya.
Bagaimanapun Lady Warsi bukanlah orang yang berasal dari Pakistan yang menyertai kabinet di sana kerana sebelum ini , Sadiq Khan, yang berketurunan Pakistan juga telah menjadi Menteri Pengangkutan semasa dalam kabinet Gordon Brown menjadi Muslim pertama di kabinet di UK.
0 komen:
Catat Ulasan