.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu

Jumaat, 7 Mei 2010

Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu: Sejarah yang Disembunyikan.
Fail powerpoint yang diterima kali ini agak menarik kerana kisah sejarah antara dunia Melayu dengan pemerintahan khilafah. Fail ini tidak dinyatakan siapa penulisnya tetapi mengisahkan Khilafah ialah sistem Pemerintahan Islam yang satukan umat Islam seluruh dunia. Ia bermula dari Rasulullah dan berakhir pada 3 Mac 1924 yang mempunyai seorang Khalifah sahaja yang mengetuai umat Islam seluruh dunia.
Antara fakta di dalam slide ini ialah Muawiyah kirim surat kepada Raja Srivijaya, Lokitavarman, ajak peluk Islam. Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot antara tahun 1513 dan 1528 akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam
Hubungan Erat Johor dengan Khilafah
Johor dari perkataan Arab ‘Jauhar’ bermakna permata. 1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul

Tok Kenali terbitkan majalah Pengasoh yang melaporkan perkembangan tentang Khilafah dan minta Melayu prihatin terhadapnya selepas tumbangnya Khilafah Islamiah pada tahun 1924. Kamal Ataturk buang undang-undang khilafah di ganti dengan sekularisme

Foto yang disembunyikan British. Mayat Haji Mat Hassan atau Tok Janggut.
Kesimpulannya ialah
- Peranan Khilafah dalam alam Melayu dalam banyak buku sejarah diabaikan malah kadangkala diselewengkan
- Sejarah Alam Melayu di bawah naungan Islam bukan perkara asing kerana ia telah berjalan selama 1300 tahun lamanya
- Penyatuan umat Islam bukan khayalan atau mimpi kerana Allah dan RasulNya berjanji ia akan jadi kenyataan
Melayu tidak akan berjaya jika ketepi Islam
- Pertahankan Islam jika Islam difitnah
- Sebarkanlah Islam secara AMAN jika tak nak hancur

==> Download Sejarah Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu <==

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP