Sejarah, Gambaran Dan Rahsia Kekayaan Bill Gates
Selasa, 3 Ogos 2010
Semoga boleh menjadi motivasi pembaca gnbest untuk lebih menjadi lebih baik lagi. Apa pun wang bukanlah segalanya…
Bill Gates orang no 3 kaya di dunia. Kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. Beliau adalah seorang yang bukan berpelajaran tinggi, pernah di buang dari Universiti Harvard dan pernah bekerja sebagai ofis boy sahaja.
Boleh rujuk di http://www.isuhangat.net/2010/06/19/10-kisah-orang-yang-bodoh-yang-berjaya/
Profail Bill Gates:
William Henry Gates III (lahir di Seattle, Washington, 28 Oktober 1955; umur 54 tahun), lebih dikenali sebagai Bill Gates, adalah CEO Microsoft.
Bill Gates anak kedua dari tiga beradik dilahirkan dari pasangan William Henry Gates, Sr., seorang pengacara, dan Mary Maxwell, pegawai First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell.
Gates belajar di Lakeside School, sekolah elit yang paling unggul di Seattle, dan meneruskan pengajian di Universitas Harvard, tetapi di-drop out.
Di Lakeside tersebut pada tahun 1968 Gates untuk pertama kalinya diperkenalkan dengan dunia komputer, dalam bentuk mesin teletype yang dihubungkan dengan telefon ke sebuah komputer. Mesin ini, yang disebut ASR-33, dan masih ada di pasaran. Ia ialah sebuah mesin taip yang selanjutnya siswa boleh memasukkan perintah yang dikirimkan kepada komputer.
Sekitar tahun 1975 ketika Gates bersama Paul Allen sewaktu masih sekolah bersama-sama menyiapkan program software pertama untuk mikro komputer. Seperti cerita di Popular Electronics mengenai “era komputer di rumah-rumah” dan mereka berdua yakin software adalah masa depan. Inilah awal Microsoft.
Semasa ia belajar di Harvard, ia dan Paul Allen menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh BASIC, sebuah bahasa komputer yang mudah dipelajari dan ditulis di kolej Dartmouth untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan yang utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.
Gates menikah dengan Melinda French pada 1 Januari 1994. Mereka mempunyai tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).
Pada tahun 2005, Gates menerima penghargaan anugerah (Knight Commander of the Order of the British Empire Kehormatan) dari Ratu Elizabeth II.
Walaupun Bill Gates kaya, dia membangunkan sebuah Yayasan untuk membantu orang miskin. Bill Gates tu kaya yang macamana? Susah nak digambarkan? Ok isuhangat kasi contoh perbandingan Bill Gates :
Rumah Bill Gates dari satelit
Rumah Bill Gates di Seattle, didirikan diatas tanah 5 hektar dan menelan 53 juta dolar. Dalam rumah tersebut terdapat 7 bilik tidur utama, 24 bilik mandi dengan 10 diantaranya sangat mewah, 6 dapur, 6 tempat unggun api, perpustakaan, ruang bermain keluarga, fasiliti kesihatan yang lebih bagus daripada yang biasa terdapat di club-club. Kolam renang indoor yang dilengkapi dengan underwater music system. Rumah tersebut tentunya dilengkapi dengan sistem komputer yang amat canggih, banyak kabel fiber optik bertebaran.
Kereta Bill Gates
Sejak Microsoft didirikan pada tahun 1975, dengan Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari kerja maka pendapatannya ialah 300 USD SETIAP SAAT….. Pendapatannya dalam RM ialah : 1 saat = RM960 ; 1 minit = RM57,600 ; 1 jam = RM3.4 juta ; 1 hari = RM483 juta ; 1 minggu = ?; 1 bulan =?; 1 tahun = ? kira sendiri la banyak sangat angkanya
Dengan perhitungan diatas, maka Bill Gates hanya memerlukan waktu kurang dari 1 saat untuk membeli sebuah PSP, atau sekitar 3 saat, maka ia akan mendapat Xbox, PS2, Gamecube lengkap dengan TVnya… Untuk membeli sebuah Proton Saga BLM, dia hanya memerlukan waktu 30 saat.
Bill dapat membeli 133 billion Windows XP Professional yang harganya 300 dollar.
Pesawat ulang alik NASA kurang lebih seharga 1,7 Billion dolar. Bill Gates boleh membeli 31 buah pesawat NASA.
Filem TITANIC menelan belanja 200 juta dolar, Bill Gates mampu membuatnya 200 kali…
Dengan menggunakan wang pecahan 5 US Dolar, kekayaan Bill Gates mampu menutupi Manhattan, New York.
Bila menggunakan wang pecah 1 US dolar, Bill Gates boleh menyambung lembaran wang tersebut sepanjang 8x jarak bumi ke bulan.
Jumlah penduduk bumi tahun 2010 ialah 6,280,902,951. Bill bisa memberi lebih kurang lebih RM20 untuk setiap orang dan masih menyimpan RM296 juta untuk dirinya sendiri dan keluarganya.
Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya tetap dalam setahun sejumlah US$30 juta, dia tetap harus menunggu sampai 277 tahun agar sekaya Bill Gates sekarang.
Mahu tahu rahsia kejayaan Bill Gates?
Bill Gates menjadi orang sekaya itu bukanlah tanpa usaha, mungkin kita berkata,… wah !! dia sungguh beruntung, kebiasaan kita ialah jika melihat orang lain kaya, kita hanya memikirkan kekayaannya saja, tidak pernah memikirkan bagaimana usaha dan pahit getirnya. Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu semasa dia mengembangkan Windows untuk pertama kalinya. Usaha dan kerja kerasnyalah yang menyebabkan dia menjadikannya dia kaya, bukanlah nasib baik semata-mata .
0 komen:
Catat Ulasan