Produk Daging McDonald’s Dijamin Selamat Dan Halal
Jumaat, 20 Ogos 2010
Produk Daging Dan French Fries McDonald’s Dijamin Selamat Dan Halal
Rentetan dari entri sebelum ini, http://www.isuhangat.net/2010/08/20/daging-mcdonald-tidak-halal/ setelah JAKIM telah tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre yang dagingnya di gunakan oleh McDonald Malaysia.
Berkenaan itu McDonald Malaysia telah mengeluarkan satu surat pekeliling yang mengatakan Produk mereka adalah halal kerana mereka telah membeli daging dari negara pengeluar lain yang negaranya diiktiraf oleh JAKIM.
Cuba baca perenggan ni:
“Dakwaan yang mengatakan kami membeli daging tidak halal dari Uruguay adalah tidak benar kerana kami kini membelinya dari negara pembekal yang diberikan sijil halal oleh JAKIM”Aduhai pening kepala aku, persoalannya kenapa kini? Kenapa baru sekarang? Kenapa setelah ditarik balik oleh JAKIM senang jer swing. Bagaimana selama ini yang telah masuk ke tekak kita? Orang kita sendiri yang memandang ringan bab hukum halal haram ni, apa lagi orang bukan Islam.
Kesimpulannya kalau daging ayam dari dalam Malaysia pun ada yang halal tipu seperti kes kopitiam pada bulan lepas yang guna ayam cucuk , apa lagi yang dari luar negara? So sendrik mau ingat.
Berapa lama nak tunggu produk orang Islam sendiri yang ayamnya dibela oleh orang Islam, disembelih melalui syarak oleh orang Islam, digoreng oleh orang Islam sendiri. Tunggu RFC pun cawangannya masih tidak meluas di seluruh negara.
Kenapa susah sangat ek? sedangkan kitakan tinggal di negara Islam?
0 komen:
Catat Ulasan