Celakalah orang yang solat
Selasa, 24 Ogos 2010
Kenapa orang yang solat tetapi dipanggil celaka? Biar betul, kalau orang yang solat celaka, apa lagi yang tak solat? Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang solat tetapi celaka ini.Artikel ini sebagai pesanan untuk diriku sendiri juga.
Sebenar ayat ini dirujuk daIni adalah seperti dalam surat al- Ma’un ayat ke – 4
yang bermaksud
“Maka celakalah orang yang solat”.
Pada ayat ke-5 Allah menjelaskan bahawa orang-orang yang mendapat celaka dalam solatnya ialah :
“(Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”
Saahuun; maknanya ialah lupa.
Yang di maksud celaka adalah apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi solat itu tidak membawa manfaat dan kebaikan sama sekali. Ini kerana tidak dikerjakannya dengan sungguh-sungguh ; masih setengah-setengah dalam menjalankannya.
Tidak peduli apakah solatnya sudah betul atau tidak, dan solat hanya sebagai menjalankan kewajipan sahaja.
Tidak timbul kesedaran sebagai seorang Hamba Allah, “maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu”(QS. al-Kaustar ; 2), yang sepatutnya kita memperhambakan diri kepada Allah dan mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran.
Dan termasuk orang yang celaka kerana solatnya adalah ketika dalam menjalankan solat dengan tidak penuh khusyuk, Allah Taala telah menyeru dalam al-Qur’an “peliharalah semua solat dan solat wusta, dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk ”(QS. Al-Baqarah : 238).
“Tidak ada bagi seorang yang datang kepadanya solat wajib, lalu ia memperbaiki wudhuknya, khusyuknya dan rukuknya, kecuali solat itu akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu, selama ia tidak melakukan dosa-dosa besar, dan hal ini untuk setiap masa”. (HR. Muslim).
Solat yang khusyuk adalah solat yang dikerjakan dalam keadaan berharap, cemas, dan cinta, serta dengan takbir yang sempurna, lantunan ayat yang tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan diliputi kerendahan hati serta keikhlasan. Tentu tidak lupa harus sesuai dengan syariat.
Tips agar solat kita lebih khusyuk:
“Shalatlah seperti solat orang yang hendak berpisah , seakan-akan ini adalah solat yang terakhir dalam hidup kita dan seakan-akan kita melihat-Nya, walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang-orang yang akan berpisah (meninggal).” (HR. Ibnu Majah)
Dan solat itu juga dilakukan pada waktu yang telah di tentukan, Allah Taala berfirman “Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. an-Nisa : 103) tidak megakhirkan waktu solat atau juga tidak solat di luar waktunya.
Seperti apa yang kita lihat sekarang ini, ramai orang yang mengakhirkan solatnya kerana sayang hendak meninggalkan cerita di TV, kerana hendak menyiapkan kerja harian dan sebagainya.
Sabda Nabi saw. “Sebaik-baik amal adalah solat pada awal waktunya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
0 komen:
Catat Ulasan