Alam menyampah dengan kita
Jumaat, 14 Mei 2010
Walaupun dikatakan fenomena biasa, musim panas sekarang ni dianggap musim kemarau. Parit-parit dan sungai-sungai kecil banyak yang sudah kering. Air di empangan pun sudah susut sehingga ada tempat yang terpaksa dicatu airnya ditambah dengan pencemaran dari baja pertanian.
Alhamdulillah juga seminggu dua ni ada hujan yang turun. Walau pun tidak lama cukup untuk menambah bekalan air yang ada. Teringat lagu Ebiet G Ade , Mungkin Tuhan Mulai Bosan Melihat Tingkah Kita/
Yang Selalu Bangga Dengan Dosa-dosa, Atau Alam Mulai Enggan Bersahabat Dengan Kita/Cuba Kita Bertanya Rumput Yang Bergoyang…
Kemusnahan alam semulajadi oleh tangan-tangan manusia yang rakus menjadikan alam pun mungkin menyampah dengan kita.
Disebabkan kesedaran mengenainya, orang Barat mulai mencipta pertandingan rekabentuk bangunan yang berkonsepkan hijau yang menjaga eco-semuladi. Michael Rosenthal Associates yang bertapak di Miami telah mencipta satu bangunan yang unik dalam pertandingan Hospitality Design’s Radical Innovation itu.
Bangunan yang bernama “Wind Tower” ini berbentuk seperti telur dan menggunakan sumber tenaga semula jadi.
Kolam renang di dalam bangunan ini menggunakan air yang telah direcycle semula.
0 komen:
Catat Ulasan