Presiden PAS selamat orang lemas
Ahad, 2 Mei 2010
Presiden PAS selamat orang lemas




“Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang
sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu,” cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi. Mangsa pula, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.
Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.
“Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk
menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14
Februari baru-baru ini.
Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa
mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan
undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa.
Memang suka berdamping dengan rakyat. “Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.”
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Sumber: izoblo
0 komen:
Catat Ulasan