PETUA ELAK SANTAU
Rabu, 19 Mei 2010
Semalam aku pergi ‘mengeteh’ dengan rakan di sebuah gerai di Kota Tinggi. Oleh kerana parking tempat gerai yang kitaorang nak minum tu penuh, kami parked di depan gerai orang lain dan terus ke gerai yang kami tuju.
Kawan aku berkata, tindakan yang kami lakukan tu mungkin akan menimbulkan kemarahan gerai tempat kami parking kereta tu dan merbahaya jika di lakukan di sebuah daerah di Malaysia ni. ( Nama tempat dirahsiakan) kerana silap-silap boleh terkena santau. Maklumlah orang Melayu ni dah zaman internet pun masih percaya dan mengamalkan benda-benda berkawan dengan jin dan syaitan ini kerana sesungguhnya syaitan sudah bersumpah dengan Allah untuk menghasut anak Adam supaya sesat bersama mereka sehingga hari kiamat. Setan punya setan!
Aku teringat petua orang lama yang mengajar cara untuk mengenal makanan yang dihidangkan depan mata tu beracun (disihir) atau tidak. Untuk dikongsi dengan pembaca isuhangat dan anda digalakkan untuk berkongsi dengan orang lain juga. Ini untuk santau makan, kalau santau angin tak tau pula caranya. Benda ni nak percaya pun susah tak percaya pun susah sebab ramai yang sudah terkena kalau tak takkan ada istilah santau angin dan santau makan ni kan.
Pertama,
Lekapkan kedua tangan anda di kedua belah telinga. Kebiasaannya akan mendengar bunyi angin tetapi jika tidak mendengar lebih baik kita jangan makan.
Kedua,
letak lidah ke langit-langit. Biasanya akan berasa geli tetapi jika tidak berasa geli ada sesuatu yang tak kena.
Ketiga,
Gosok rambut kita dengan tangan, kebiasaannya akan terdengar bunyi geseran rambut dan jika tiada bunyi tersebut semasa kita nak makan, berhati-hatilah.
Ini hanya petua sahaja, korang nak percaya atau tak terpulanglah. Apa pun apa salahnya mengamalkannya kerana mencegah lebih baik dari merawat.
0 komen:
Catat Ulasan