.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Abuya meninggal dunia

Jumaat, 14 Mei 2010

Ashaari Muhammad, pengasas Al Arqam, Rufaqa’ dan Global Ikhwan Sdn Bhd, diberitakan telah meniggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.
Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.
“Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan,” kata seorang kakitangan syarikat Global Ikhwan, Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.
Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.
Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi. Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.
Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 akibat kontraversi isu Imam Mahdi dan Aurad Muhammadiah yang menjadi amalan kumpulan tersebut.

0 komen:

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP