.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Jumaat, 12 November 2010

RON95 Mudah Terbakar?


Sejak isu hangat kenaikan harga minyak petrol RON97, ada yang berpendapat kenaikan tersebut hanya untuk orang kaya sahaja sedangkan orang miskin tak menggunakan RON95. Kenyataan itu rasanya tak berapa tepat kerana dari pandangan saya dan pengalaman berbual dengan rakan-rakan saya tak berpendapatan sederhana, masih ramai yang menggunakan RON97 dengan alasan-alasan tersendiri seperti  dengan RON97 kereta mereka lebih pickup berbanding dengan menggunakan petrol RON95 yang dikatakan semput ketika naik bukit dan ketika memotong.
Malah yang makin hangat diperkatakan ialah minyak petrol RON95 menyebabkan kereta mudah terbakar apabila berlaku kemalangan kononnya kerana mengandungi kadar benzena yang tinggi dalam kandungan petrol RON 95.

Kata diaorang lagi banyak kereta baru yang tidak diubahsuai pun banyak yang terbakar seperti berita-berita dalam akhbar spt MPV arwah Achik Spin, kereta peronda yang terbakar apabila bergesel dengan Rexton di Lebuhraya Kesas, dan yang terbaru pada sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.
Gambar kereta Viva baru yang terbakar di Sg Buloh dalam blog Ohtidak.

Di dalam akhbar semalam, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.
Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan.
“Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti.
“Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu,” katanya.
Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini.
Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan.
Ini pula kenyataan yang saya ambil dari forumer CG.

Kenapa RON 95 Mudah Meletup?

Assalamualaikum,
Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).
Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.
RON 95
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.
RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.
Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena)…. Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.
Benzena mudah terbakar
Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.
Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.
Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.
Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan…(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)
Harap pihak yang bertanggungjawab membuat kajian yang dalam kerana nyawa bukan benda yang boleh dibuat main walaupun ajal maut itu Allah SWT yang menentukannya.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP