Jumaat, 12 November 2010
Kasih ibu
Isu hangat buang bayi sudah menjadi isu dingin di media cetak dan elektronik Malaysia. Mungkin tindakan menyediakan sekolah mengandung di Melaka dapat solve masalah ni kot atau para wartawan dah tak amik port isu ni kerana dah tak boleh melariskan jualan akhbar.Bila berlaku kes buang bayi dan kes dera kanak-kanak ramai yang cakap binatang pun sayangkan anaknya. Tak percaya lihatlah gambar di bawah. Oleh kerana aku bukannya pakar haiwan aku tak pasti tupai dan monyet ni adalah ibu atau bapa kepada anaknya yang menjadi mangsa serangan anjing hitam tapi rasanya ia adalah ibu kepada tupai dan monyet tersebut.
Seekor anak tupai yang diserang oleh anjing hitam, dan ibunya sedang memerhatikannya dengan tidak puas hati.
Si ibu mempertaruhkan nyawa menyerang anjing tersebut walaupun berkali-kali ganda lebih besar saiz badannya.
Si ibu terus menyerang dan anaknya dapat melepaskan diri.
Akhirnya si ibu dapat bawa lari anaknya ke atas pokok, dan anjing hitam tersebut hanya mampu memandang.
Ini pula anak monyet yang kena langgar.
Seekor anjing hitam cuba menggangu. Anjing hitam lagi..
Yes si ibu dapat mengawal anaknya dan anjing hitam tu pun pergi.
Moral of story:
1. Sayangilah anak anda dan lindungilah dia dengan sepenuh jiwa
2. Lindungi hak kita walaupun berdepan dengan lawan yang sungguh kuat.
3. Jangan takut menghadapi musuh/cabaran yang datang walaupun cabaran itu nampaknya sukar tapi mampu dihadapi jika kita berani dan jangan lari darinya. Lawan tetap lawan.
4. Anjing hitam ibarat pihak yang menindas tu sebenarnya penakut kalau kita berani lawan.
5. Yang akhir dan yang paling penting – SAYANGILAH IBU ANDA!
0 komen:
Catat Ulasan