Mutiara Kata Motivasi
Selasa, 23 November 2010
Dalam setiap hari 5 kali, kita mendengar azan yang melaungkan “Marilah Menuju Kejayaan”. Kejayaan di dalam azan bukan sahaja untuk berjaya dengan kehidupan di akhirat, mungkin juga boleh dihayati untuk kejayaan di atas dunia yang Insyallah, boleh membantu kejayaan di akhirat.
Himpunan mutiara kata motivasi untuk yang ingin cemerlang dengan kerjaya atau apa juga bidang yang sedang dilakukan. Supaya kita tidak mudah berasa kerdil, pemalas, pesimis, mudah patah semangat, tidak percaya diri dan tidak mempunyai cita-cita!
Walaupun orang yang mutiara kata ini kebanyakannya dari mulut orang bukan Islam, tapi ingatlah ‘menuntut ilmu biar ke negeri China”.
Semoga memberi manfaat.
1. Orang-orang yang mengkritik kita sebenarnya adalah pengawal jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran (Corni Ten Boom)
2. Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha (Dr. James Mantague)
3. Saya telah mempelajari kehidupan lelaki hebat dan wanita-wanita terkenal, dan saya menemui bahawa mereka yang mencapai puncak kejayaan iaalah mereka yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang ada di hadapan mereka dengan segenap tenaga, semangat dan kerja keras (Harry S. Truman)
4. Tiada rahsia untuk menggapai kejayaan. Kejayaan itu dapat dicapai dengan persiapan, kerja keras dan mahu belajar dari kegagalan (General Collin Power).
5. Kita menilai diri kita dengan mengukur dari apa yang kita rasa mampu untuk kerjakan, orang lain mengukur kita dengan mengukur dari ada yang telah kita lakukan (Henry Wadsworth Longfellow)
6. Orang-orang yang sukses telah belajar membuat diri mereka melakukan kerja yang harus dikerjakan ketika kerja itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak (Aldus Huxley)
7. Ada dua macam manusia di dunia ini : mereka yang mencari alasan dan mereka yang mencari kejayaan. Orang yang mencari alasan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak selesai, dan orang yang mencari kejayaan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak boleh diselesaikan (Alan Cohen)
8. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang bodoh akan kerjakan tiga hari kemudian (Abdullah Ibnu Mubarak)
9. Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta sedekah.
Rasulullah menyuruh lelaki berkenaan menunggu sekejap dan baginda masuk ke dalam rumah. Selepas keluar semula, Rasulullah menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual di pasar.
Dikisahkan sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah berpesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda. Apakah yang berlaku kemudian? Selang beberapa hari, lelaki itu datang menemui Rasulullah dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.
Inilah dorongan dan motivasi Nabi Muhammad kepada umatnya agar tidak meminta-minta, sebaliknya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan rezeki untuk penghidupan di dunia.
Hinggakan Rasulullah pernah membaca doa khusus untuk mengelakkan sikap malas berusaha ini dan sewajarnya kita mengamalkan membaca doa berkenaan setiap hari agar terus memiliki semangat dalaman yang mantap untuk bekerja dan terus berusaha.
Doa Rasulullah itu ialah “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, kelemahan dan kemalasan, pengecut dan bakhil dan daripada bebanan hutang.” (Riwayat Abu Daud).
Ini pula kata-kata Dr Fadzillah Kamsah mengenai kerja yang saya kutip dari blog Wanwma. Muhasabahlah diri kita, jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’
0 komen:
Catat Ulasan