.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Lagi masjid terselamat gelombang tsunami

Jumaat, 12 November 2010


Ingatkah anda pada peristiwa tsunami besar yang melanda pada tahun 2004 yang lalu terdapat sebuah masjid di Acheh selamat dan kukuh berdiri sedangkan rumah dan bangunan disekitarnya semuanya musnah sama sekali.
mosque
Manakala pada tsunami yang berlaku di Mentawai, Indonesia baru-baru ini, terdapat sebuah lagi masjid yang selamat dari tsunami. Berikut adalah pengalaman dari seorang wartawan di Indonesia mengenai kisah ini.

Dari pantai, Dusun Pasa Puat suasana sungguh sunyi sepi. Sedikit pun tidak terlihat tanda-tanda seperti sebuah kampung. Rumah-rumah penduduk rata dengan tanah. Tiada satu pun rumah orang kampung yang berdiri. Semuanya tertiarap. Hanya ada satu bangunan berdiri kukuh menghadap pantai iaitu sebuah masjid. Seorang guru Al-Quran di masjid itu yang bernama Zulfikar juga selamat.
mosque
Dalam perbualannya, lelaki yang berusia 40 tahun itu mengaku telah tinggal di dusun itu sejak kecil. Sama dengan usia masjid itu yang berdiri sekitar tahun 1960 lalu. “Ini masjid tertua di dusun kami. Bentuk masjid itu sudah tidak asli lagi, kerana banyak kali diperbaiki,” ujar Zulfikar.
Zulfikar menceritakan, masjid ini sama sekali tidak tersentuh tsunami pada malam itu. Padahal, lokasinya tidak jauh dari pantai. Sedangkan rumah-rumah orang kampung di sekitar masjid, rata dengan tanah. Masjid inilah yang menjadi tempat perlindungan masyarakat semasa gelombang besar datang.
Seperti mukjizat, air laut hanya sampai di tangga masjid. Di luar masjid, Zulfikar melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa gelombang tsunami setinggi lapan meter. “Kami dalam masjid ada lebih kurang 50 orang, sedangkan penduduk yang lain telah menyelamatkan diri ke kawasan bukit yang jaraknya satu kilometer dari masjid. Melihat masjid tidak kena sama sekali, kami merasa hairan. Setelah itu kami sedar ini adalah kehendak Allah” jelas lelaki berjanggut itu.
Zulfikar dan 50 orang lain tidak henti-henti mengucap kebesaran Allah. Di luar masjid, gelombang tsunami terus menyerang sebanyak tiga kali. Tiada yang menduga, tsunami menghindari masjid. “Seperti, ketika air sampai di masjid air itu terbelah, sehingga lantai masjid pun tidak basah sama sekali,” katanya. (LieM/jpo)
 Subhanallah.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP