.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Jika kita gagal…

Jumaat, 12 November 2010


Keputusan UPSR yang keluar hari ini menunjukkan 48,000 orang murid berjaya mendapat 5 A. Tahniah kepada murid-murid dan ibu bapa mereka. Bagaimana pula yang mendapat keputusan yang tidak seperti diharapkan. Tentu rasa kecewa, bukan murid itu sahaja malah ibu bapa juga.
Janganlah dimarah, dihina dan dicerca anak yang tidak berjaya tersebut, berikan mereka motivasi supaya mereka boleh cemerlang dalam peperiksaan besar di masa akan datang.

Secara ringkas, motivasi adalah semangat pendorong untuk melakukan sesuatu. Berikut ini adalah beberapa kata-kata motivasi bukan hanya yang tidak mencapai keputusan cemerlang peperiksaan UPSR sahaja , untuk anda dan saya sendiri semasa kita gagal mencapai apa yang diharapkan,  Semoga bermanfaat.
1. Selalu bersyukur akan apa yang kita dapatkan.
Mungkin anda biasa dengar pasal ni ,namun ia dapat memotivasi diri kita semasa jatuh dan tak capai target-target yang kita sasarkan atau apa diharapkan untuk terjadi . Ucapan syukur dengan 3 cara.
* Dengan hati. Lihatlah sekeliling kita dan yang ada dibawah kita. Ini akan membuat hati kita lembut dan mensyukuri akan nikmat-nikmat yang kita dapat berbanding orang tidak dapat menikmatinya.

* Dengan lisan, dengan ucap Alhamdulillah. Nikmat yang kita rasakan tidak akan kita peroleh tanpa izin dariNya. Kita adalah makhluk yang diberi pinjaman untuk hidup sementara, dan memberikan kebahagiaan kepada orang lain.
* Dengan perbuatan. Bersyukur dengan memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Rasakanlah kebahagiaan yang timbul semasa kita dapat melihat kebahagiaan yang muncul dari tangan kita. Contoh seperti belanja anak,adik, isteri kita makan makanan yang mereka suka. Jika kita pernah merasakannya, ulangi ulangi dan ulangi.
2. Jika tidak seperti yang kita inginkan.
Yakinkan pada diri sendiri, anggaplah sekarang yang tidak berjaya ini adalah step awal menuju yang kita inginkan. Tentunya ada hikmahnya. Apapun keadaannnya. Tetap lakukan yang terbaik yang kita mampu, kerana itu memperlihatkan kualiti kita.
3. Mengkaji dan bersedia menangkap peluang yang ada.
Setiap dari kita memiliki peluang-peluang menuju kejayaan. Namun hanya sedikit orang yang mampu memanfaatkan peluang itu. Kadang-kadang kita melihat ada peluang, namun memiliki kesukaran, seperti kesukaran modal dan lain-lain. Asah terus kemampuan untuk melihat peluang.
4. Berkumpul dengan orang yang bermotivasi.
Prinsip ini sama dengan istilah berkawan dengan penjual minyak wangi akan berbau wangi dengan sendirinya.
5. Selalu dekatkan diri pada Allah.
Adakalanya dalam berusaha mengalami pasang surut. Kesukaran dan rintangan dalam melangkah. Tanamkan pada diri sendiri bahwa semua itu ada hikmahnya. Mungkin itu adalah cara Allah untuk mendidik kita. Kita tidak akan dididik seperti di bangku sekolah, tapi kita dididik melalui peristiwa-peristiwa. Kita akan mendapatkan pelajaran dari universiti yang skalanya lebih luas iaitu universiti kehidupan.
 Semoga kita termasuk orang-orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Sesuatu itu tidak akan berubah jika tidak mulai bertindak, dan bilakah waktu yang paling sesuai untuk memulakannya jika bukan saat ini.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP