Google VS Yahoo
Sabtu, 13 November 2010
Begitu juga Yahoo siapa yang tak kenal. Di Malaysia Yahoo terlebih dahulu dikenali sebelum Google dengan nama syarikatnya Yahoo Inc. Syarikat Amerika yang berpejabat di pusat di Sunnyvale, California, yang menyediakan layanan Internet di seluruh dunia juga mendapat pendapatan dari iklan online.
Yahoo
Ruang kerja google
Ruang kerja Yahoo
Ruang perbincangan Google
Ruang perbincangan Yahoo.
Ruang rehat pekerja Google.
Dasyat sih! Yahoo takde port melepak macam ni.
Kafe Google
Kafe Yahoo.
Ruangan riadah Google
Ruang riadah Yahoo.
Yang ni, kat pejabat Malaysia berlambak ..
Bilik gym Google
Bilik gym Yahoo
Lihatlah bagaimana Google dan Yahoo memberi persekitaran kerja yang amat selesa kepada pekerjanya supaya pekerjanya tidak stress jadi boleh bekerja dengan lebih kreatif dan produktif. Tidak ada bilik atau partition seperti pejabat standard yang lain.
Kalau di Malaysia biasanya, pihak pengurusan semakin memberi tekanan kepada pekerja ibarat “you kuli buat cara kuli”. Mesti capai target KPI, kalau tak korang jawab. Kalau syarikat untung atas kebijaksanaan pihak pengurusan dan kalau rugi semua berpunca dari pekerja yang lembab, tak cekap, tak amanah, kuat mengular, tak pandai servis pelanggan dll. So tahun depan takde bonus la ya.
Kalau ada kemudahan macam ni pun untuk orang atasan sahaja.
Google memang top dalam melayani pekerjanya. Buktinya Google dalam sehari memberi 3 kali makanan percuma kepada pekerjanya. Tidak seperti majikan di sini,malah sekarang ni ada yang agak membuat peraturan agak mengundur ke belakang dengan tidak memberi peluang pekerjanya waktu rehat minum untuk waktu pagi dan petang. Kalau kena tangkap HR akan memberi amaran. Jangan tak caya bahawa company tu ialah company
Adakah majikan di Malaysia tidak percaya dengan pekerjanya sendiri? Atau adakah pekerja di Malaysia ni yang tak boleh diberi muka?
Ntah aku pun tak tau tapi kalau dah suasana kerja yang selesa macam pejabat Google dan Yahoo ni,tapi rasanya pekerja-pekerja Google dan Yahoo rasa sayang kepada syarikat dan bekerja keras untuk menaikkan keuntungan syarikat. Namun bersyukurlah apa yang ada…
0 komen:
Catat Ulasan