.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Demo Meminta Pelajaran Percuma Oleh Pelajar Di Chile

Ahad, 29 April 2012

Ramai individu di Malaysia mentertawakan mereka yang mahu PTPTN dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pendidikan percuma di peringkat tertiari. Dari Menteri pelajaran tinggi higgalah Timbalan PM semuanya memperkecilkan idea "education is free for all" yang diperjuangkan sebilangan kecil pelajar kolej Malaysia. Aktivis kearah pembelajaran percuma dibelasah dan tiada siapa peduli kerana di Malaysia ramai yang merasakan membayar uwang beratus ribu kepada universiti Malaysia yang mempunyai ranking dunia yang tidak boleh dibanggakan adalah bagus untuk masa depan. Student harus tanggung hutang kata mereka. I dunno but I cannot brain this reasoning. Tapi mereka tidak sedar movement kearah hak pembelajaran percuma berlaku seluruh dunia dan tidak terhad hanya di Malaysia Darul 1Malaysia yang awesome ini?

Di Chile, pelajar kolej dan sekolah menengah (no seriously budak sekolah menengah!) sudah berdemo memaksa supaya kerajaan melakukan reform terhadap sistem pelajaran dan pelajaran percuma untuk semua. Demo ini sudah berlanjutan selama 7 bulan dan pihak kerajaan masih enggan memenuhi permintaan students. Semalam satu lagi demo besar-besaran membabitkan 48 000 pelajar belaku di Santiago Chile. Demo menjadi ganas setelah pihak berkuasa cuba meleraikan pelajar dengan gas pemedih mata.

Menurut ketua pergerakan pelajar Chile, sistem pelajaran yang ada sekarang tidak berkualiti dan pihak kerajaan dituduh bersekongkol dengan pengusaha IPTS dengan memberi subsidi tak masuk akal. Mereka mahukan reform dilakukan segera bagi memastikan masa depan pelajar Chile lebih cerah, kualiti universiti yang lebih baik dan peluang pelajaran percuma untuk semua.

Meanwhile di Malaysia belum apa-apa student yang mahukan benda yang sama ditahan polis walaupun bercamping secara aman dalam jumlah yang KECIL. Over reaction I say.

Bapa 1Malaysia Dato Seri 1Najib selalu mengingatkan kita untuk bersyukur kerana Malaysia aman damai. Jadi saya rasa tidak salah saya ingatkan beliau dan pihak berwajib untuk TURUT BERSYUKUR student protest movement di Malaysia negara bertuah ini tidak GANAS dan memporak perandakan negara seperti yang berlaku di Chile sekarang. Jangan ingatkan kami untuk bersyukur tetapi kamu sendiri enggan bersyukur mempunyai student movement yang masih belom resort to violence, anarchy and mayhem. Jadi mengapa mereka diperlakukan macam mereka membakar Dataran Merdeka dengan ribuan Molotov?

Tak masuk akal!






Laporan asal PtptN

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP