.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Apabila Mahasiswa bangun lawan,umno akan jatuh terkangkang..

Isnin, 16 April 2012


Salam. Ribuan siswa dan siswi berarak dan berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Pelajar yang terdiri dari IPT seperti UPM, UKM, UTM, UIA, UPSI, UniSZA, UM, KLMU, UNISEL, UniKL dan sebagainya turut menjayakan perhimpunan ini.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo sebelum berarak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu juga turut membawa kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot', 'Mansuh PTPTN' dan beberapa kain rentang lain.

Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut serta menyokong ialah YB Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar dan beberapa orang NGO dan aktivis sosial lain berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo. Jom kita lihat gambar perhimpunan sebentar tadi dari lensa penulis. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.















































sumber

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP