.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Sukarelawan Malaysia di tawan tentera Zionis Israel

Rabu, 2 Jun 2010

a
Israel yang mula tertekan dengan misi kemanusiaan lebih daripada 50 buah negara seluruh dunia mula mengganas ke atas kapal-kapal ‘Freedom Flotilla’ atau yang dikenali juga sebagai Lifeline 4 Gaza (LL4G).
Kapal Mavi Marmara dilaporkan diserang oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa Laut Mediterranean kira-kira 65 kilometer dari pantai Gaza. Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa tentera Israel menggunakan gas pemedih mata dan menembak dengan senjata dan peluru hidup, menyebabkan ramai yang terkorban dan cedera parah.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa semalam.
a
1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jamaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Jurukamera ASTRO

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki, merupakan satu daripada kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 negara untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Ia serang oleh pasukan komando Israel semalam mengakibatkan beberapa orang terbunuh.
Setakat ini, IHH mengesahkan jumlah yang terkorban adalah 16 orang manakala ramai yang tercedera. Antara yang tercedera termasuklah Syeikh Ra’id Shalah, ulama Palestin yang turut serta dalam misi berkenaan. Meskipun bendera putih telah dikibarkan, tentera Israel masih meneruskan serangan dan jumlah yang terbunuh dikhuatiri meningkat.
Para aktivis memohon supaya doa umat tidak turut terputus sebaliknya terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi, memohon agar misi LL4G ini dikurniakan keselamatan dan kejayaan. Selain aktivis lelaki dewasa, misi ini turut disertai wanita, warga emas, kanak-kanak berumur lapan tahun dan bayi yang baru berusia setahun.
Sementara itu, rakyat Turki dilaporkan membuat demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Israel seawal jam 2 pagi kerana membantah tindakan keganasan tentera Israel tersebut.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa masyarakat dunia supaya mengambil tindakan tegas terhadap Israel ekoran tindakan tenteranya menyerang sebuah kapal membawa bantuan antarabangsa ke Gaza semalam.
Katanya, Malaysia perlu membawa isu itu ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana serangan kejam itu jelas menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel sehingga boleh bertindak sewenang-wenangnya dengan menyerang sebuah kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza di kawasan perairan antarabangsa.
“Pas mendesak agar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memainkan peranannya dan menghentikan kekejaman oleh Israel ini, demi keamanan dan keselamatan di rantau itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan itu sebagai paling kejam pernah berlaku dalam sejarah rejim zionis itu.
Beliau mahu semua rakyat, tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama, bangkit mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
“Insya Allah kemusnahan akan berlaku ke atas Israel satu hari nanti,” katanya.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP