Kes-kes rompakan yang lawak
Ahad, 27 Jun 2010
Kes-kes rompakan yang pelik tapi lawak tapi ini adalah kisah benar ya . Ekslusif di isuhangat
1. Kambing dituduh merompak
Polis Nigeria menangkap seekor kambing kerana dicurigai telah melakukan rompakan bersenjata. Sekumpulan penduduk menangkap kambing tersebut dan mengatakan bahawa kambing itu adalah perompak bersenjata yang telah menggunakan ilmu sihir hitam dan berubah bentuk menjadi kambing untuk melarikan diri setelah mencuri sebuah kereta Mazda 323.
Mereka mengatakan bahawa mereka melihat sekumpulan perompak sedang mencuba mencuri sebuah kereta. Mereka mengejarnya. Namun, tidak berjaya, dan seorang daripada mereka berubah menjadi kambing. Kepercayaan sihir atau ilmu hitam memang terkenal di Nigeria, negara di Afrika yang paling padat penduduknya. Orang kampung datang ke balai polis untuk melihat serta ambil gambar kambing tersebut. dan salah satu foto kambing tersebut akhirnya terpampang di akhbar tempatan. Haha bukan di Harian Sinar yer..
2. Maklumat penuh di leher
Polis tak perlu susah-susah mengenalpasti pencuri ini kerana tato dilehernya memberikan sumber maklumat yang sangat jelas.
Aaron Evans, 21 tahun, tertangkap kamera sedang menceroboh masuk sebuah Peugot 106 dan mengambil alat GPS di dalamnya.
3. Pencuri tak tahan gelak
Pencuri ini sedang bersembunyi ketika tuan rumah tiba di rumah tersebut, Tapi… kemudian tertangkap. Kerana apa? kerana dia tak dapat menahan tawa dan tertawa terbahak-bahak setelah mendengar lawak mangsanya.
4. Pencuri menggunakan topeng lukisan
Mereka “menyamar” dengan menggambarkan topeng di wajahnya menggunakan pen marker. Polis Amerika menghentikan kereta mereka setelah menerima laporan dari dua orang saksi bahawa ada dua orang yang mencuba masuk ke sebuah flat di Carrol, Iowa. Ciri-cirinya ya itu tadi, pasangan tersebut mengenakan pakaian gelap dan mukanya di conteng. Haha betul2 punya sengkek nih.
5. Perompak dirogol
Wow, kes ni paling gempak…Hahaha, biasanya perompak itu memperkosa mangsa, tetapi perompak Rusia berusia 38 tahun ini mengalami hal yang sebaliknya. Kisah bermula ketika perompak berusaha merompak sebuah salon yang dimiliki oleh seorang hairdresser berusia 28 tahun yang handal dalam ilmu mempertahankan diri.
Hasilnya? Si perompak diikat dengan gari berbulu pink. Si wanita pemilik salon akhirnya memperkosa perompak tersebut selama 48 jam dengan memberikan pil viagra dahulu.
Setelah dilepaskan dari “siksaan” itu, perompak tadi pergi ke klinik kerana ‘anu’nya yang luka.
Woit, tunggu dulu, kisah ni belum berakhir, si perompak pergi ke balai polis dan melaporkan Olga, pemilik salon atas tuduhan pemerkosaan. Dengan penuh hairan, polis akhirnya menangkap Olga yang sebelumnya telah melaporkan si Viktor perompak ini atas tuduhan merompak.
“Celaka sekali dia, ya saya memang bercinta beberapa kali dengannya, tapi kan saya belikan dia jeans bahkan juga memberikannnya makan, selain itu saya juga bahkan memberikannya 1000 rubel ketika dia pergi” Olga mengeluh.
Tapi akhirnya, keduanya ditahan juga, satu untuk kes rompakan, satunya untuk kes pemerkosaan.
Lepas ni jangan pulak korang nak merompak dengan harapan dirogol hahaha..
Posted @ www.isuhangat.net
0 komen:
Catat Ulasan