Cara Membuat Folder Rahsia
Isnin, 28 Jun 2010
Anda memiliki dokumen penting yang tidak ingin orang lain melihatnya? Saya memohon supaya jangan disalahguna dgn tujuan yang tak baik , isuhangat tak nak bertanggungjawab. Penyembunyian folder ini bersesuaian digunakan pada PC yang diguna secara berkongsi, just berkongsi ilmu.
Salah satu teknik menyembunyikan fail dalam gambar pernah saya post di :
http://www.isuhangat.net/2010/04/25/menyembunyikan-fail-ke-dalam-gambar/
Kali ni blog isuhangat ingin berkongsikan tip IT cara menyembunyikan fail-fail penting di dalam sebuah folder rahsia dengan menggunakan fail notepad saja (tanpa menggunakan software lain). Dengan notepad, folder rahsia anda dapat kunci dengan menggunakan password menjadikan ianya hidden. Jadi orang lain tak boleh nak sekodeng-sekodeng fail korang nih.
Begini Caranya :
1. Buka Notepad dan copy paste semua kod di SINI :
2. Anda gantikan tulisan “type your password here” dengan password korang sendiri. (minima password 6 karakter huruf)
3. Save As File tersebut dengan Nama “Kunci.bat” (*Tanpa tanda “”)
4. Klik file Kunci.bat ( Dia akan membuat Folder peribadi dengan nama “Locker” )
5. Masukkan fail-fail atau dokumen yang anda ingin sorokkan dalam folder “Locker” tersebut.
6. Klik file Kunci.bat dan masukkan “y” untuk mengunci folder tersebut.
7. Untuk membukanya kembali korang hanya mengklik file Kunci.bat kembali dan masukkan password anda.
Semoga berjaya!
0 komen:
Catat Ulasan