.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Ekonomi Malaysia bakal dikuasai lluminati-Dajjal ?!

Isnin, 21 Jun 2010

 

Goldman Sachs dan Rothschild adalah 2 nama gergasi aka penyanggak besar ekonomi dunia yang merupakan agen Illuminati-Dajjal sejak turun-temurun. Dan kini dalam misi memanipulasi sistem perbankan dan ekonomi di bumi Malaysia menjelang 2011. Apa ada pada 2011 ?…

Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?
Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.
Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billion yang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.
Pada 16 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan rasmi bahawa Goldman Sachs Group telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur di Amerika melebihi nilai USD1 billion.
Tapi di Malaysia, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SEC) tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs untuk beroperasi di sini.
Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;
“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”
(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)
Permainan ekonomi dari gengster-gengster Goldman Sachs ini mungkin menjadi lebih mudah kerana syarikat bapa konspirasi mereka, Rothschild Malaysia sudah menetap di Malaysia sejak 2006.
Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.
Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.
madame_rosnah
(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai jawatankuasa LOFSA pada 2003.
NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.
Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.
Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;
“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”
Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.
Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild
Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.
Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.
Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.
Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.
Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.
Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;
“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”

2 komen:

Mr. Deen 21 Julai 2010 pada 12:43 PG  

Propoganda menuding kepada beberapa institusi dan individu (semestinya pro zionis) atas kejatuhan dollar U.S yg dijangka semakin buruk berlaku pada penghujung 2010 adalah salah satu taktikal pihak penggubal matawang dunia untuk menyelamatkan diri dari menerima kecaman yg buruk. Maka Greece turut menjadi mangsa dan secara tidak langsung menjadi "kambing hitam" dan terpaksa menerima kejatuhan mata wangnya yang mungkin telah dahulu dirancang. Dari aspek 'pendudukan' freemason di Malaysia, sejak dari zaman sebelum merdeka lagi mereka sudah bertapak dan saksikan sendiri beberapa bangunan tertera logo illuminati dengan jelas tanpa selindung. Tidak perlu mengaitkan faktor politik adakah PKR bakal berentap dgn cabaran tersebut kerana adakah anda yakin bahawa PKR itu 100% bebas dari freemasonry? Melihatkan kepada logonya sahaja sudah terlintas difikiran saya meskipun dalam sekali imbas.

Apa yang pasti adalah, minimakan hidup kita dari melalui jalan mereka semampu yang kita boleh lakukan dan pintalah petunjuk dari Allah agar kita bebas sepenuhnya dari cengkaman janji Allah yang beraja di akhir zaman kini iaitu..... DAJAL....

dauh 15 Ogos 2010 pada 11:21 PTG  

Assalamualaikum.aku mmg minat ngn topik ni..boleh tlg cter lg..pliz

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP