[Gambar] Badak Air Bunuh Buaya
Rabu, 2 Jun 2010

DODOMA – Seekor buaya di Tanzania mati diserang sejumlah badak air semasa ia merayap di atas kepala haiwan itu untuk menyeberangi sebatang sungai, lapor sebuah akhbar semalam.

Detik-detik itu sempat dirakamkan oleh jurugambar warga Republik Czech, Vaclav Silha, 45, di Sungai Nil di Taman Negara Serengeti, 485 kilometer dari Dodoma, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku apabila kumpulan badak air berasa terancam kerana melihat kehadiran buaya tersebut.

Kira-kira 50 ekor badak air berada di sungai itu dan gambar tersebut akan disiarkan menerusi majalah BBC Wildlife Magazine.
- Agensi
Anda mungkin juga meminati:
0 komen:
Catat Ulasan