Viganella - Sebuah Kampung Di Itali Yang Mencipta ‘Matahari’ Sendiri
Ahad, 4 Mac 2012
Mungkin tajuk artikel ini bunyinya agak pelik dan mengelirukan.
Tak mengapa, penulis akan menghuraikannya.
Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak
betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan
gunung ganang yang tinggi.
Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November
hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap
gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.
Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati
cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut
meriah, mereka akan berpesta!
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.
Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu.
Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.
Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu.
Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.
Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter
tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian.
Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada
panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung
berkenaan.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan
mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.
video sini
0 komen:
Catat Ulasan