.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

7 Petala Cinta

Jumaat, 30 Mac 2012


Sinopsis:
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP