.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Viganella - Sebuah Kampung Di Itali Yang Mencipta ‘Matahari’ Sendiri

Ahad, 4 Mac 2012




Mungkin tajuk artikel ini bunyinya agak pelik dan mengelirukan.


Tak mengapa, penulis akan menghuraikannya.


Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.


Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.


Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!


Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.


Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu.


Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.


Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu.


Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!


Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar



Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.


Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.


Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar



Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian.


Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.


Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar



Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.


Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.


” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya. 

video sini 

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP