Kenaikan harga barang berterusan sepanjang 2010 !!
Sabtu, 5 Jun 2010
Jikalau kerajaan Britain memilih untuk mengurangkan kadar defisit negara mereka dengan “cara mencantas” dan memotong perbelanjaan dan kemewahan yang dinikmati oleh barisan menteri kabinet Britain dan juga golongan yang berkemampuan, kerajaan Malaysia ada cara tersendiri. Fikir punya fikir, akhirnya kerajaan Malaysia yang bijaksana dan berwawasan pun jumpa mekanisme untuk mengatasinya.
Kerajaan Malaysia memilih untuk mengurangkan belanja subsidi yang dikatakan sudah tidak tertanggung lagi. Kata kerajaan Malaysia, inilah cara yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan dan hasil subsidi ini terus dinikmati oleh golongan mewah. Hasilnya? Seperti di bawah……
Kenaikan harga petrol :
Kerajaan akan menaikkan harga petrol dengan kadar 15 sen untuk setiap liter daripada harga petrol ketika ini iaitu RM1.80 (RON 95). Kerajaan Malaysia berharap dengan cara ini ia dapat mengurangkan anggaran defisit negara Kenaikan harga petrol akan terus dinaikkan sebanyak 20 sen setiap liter pada tahun 2011. Begitu juga akan berlaku dua kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen bagi setiap liter pada tahun 2012 dan kenaikan harga petrol seterusnya ada di sini.
Kenaikan Harga Tol :
Perbincangan antara PLUS dan LDP yang mana mencadangkan bahawa semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa subsidi dan ini bermakna akan berlakunya kenaikan harga tol antara 10-67 peratus untuk tahun 2010.
Kenaikan Harga Gas
Harga gas akan naik sehingga tahap RM3/MMBTU untuk setiap 6 bulan. Kenaikan harga gas sebanyak RM3/MMBTU untuk setiap enam bulan dikatakan sesuai berikutan akan berlkau kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 1.6 sen / kWh (setiap enam bulan) untuk power sector dan non power sector.
Kenaikan Tarif Elektrik :
Sekitar 56 peratus isi rumah tidak akan terjejas dengan gelombang pemotongan subsidi kali ini. Bagi pelanggan yang menggunakan kurang dari 200 kWh caj mereka tidak akan meningkat. Bagi pengguna yang memiliki bil elektrik hanya RM20 dan kebawah akan terus mendapat kemudahan elektrik percuma sehingga Disember 2010 ini. Dalam pada masa yang sama industri strategik akan dilindungi.
Kenaikan Harga Gula :
Harga gula akan meningkat sebanyak 20 sen untuk setiap kilogram. Kenaikan harga gula akan berlaku pada setiap 6 bulan sehingga tahun 2012.
Kenaikan Harga Tepung :
Harga Tepung akan meningkat sebanyak 20 sen/kg pada tahun 2010 manakala kadar kenaikan sebanyak 25 sen setiap kg pada tahun 2011
Kenaikan Harga Minyak Masak :
Harga minyak masak akan naik sebanyak 15 peratus untuk setiap kg pada tahun ini (2010) dan 2011. Selepas itu kadar kenaikan minyak masak adalah 5 % sehingga tahun 2014.
Inilah hasil yang kerajaan Malaysia perolehi selepas dasar pemotongan ini dijalankan :
2010 – RM3 billion
2011 – RM14 bilion
2012 – RM21 bilion
2013 – RM29.5 bilion
2014 – RM35 bilion
Akhirnya, dengan beberapa kenaikan harga harga dan lain-lain bermula tahun 2010 berikutan pemotongan subsidi, ini akan membolehkan jumlah tabungan negara untuk tempoh 5 tahun dijangkakan sebanyak RM103 bilion.
Sumber: Berita semasa
0 komen:
Catat Ulasan