Kapal Rachel Corrie di tahan tentera Israel !!
Ahad, 6 Jun 2010
Tentera Israel hari ini merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia.
Astro Awani pula melaporkan kapal itu dirampas 35 nautika daripada Gaza setelah dikepung tentera Israel pada jam 9.43 pagi tadi.
6 aktivis daripada Malaysia, 3 wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria. Juga wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusuf dipetik memberitahu stesen televisyen itu, pihaknya difahamkan alat nagivasi Rachel Corrie tidak lagi berfungsi. Katanya, ia menyebabkan Rachel Corrie tidak dapat mengesan kehadiran kapal lain di sekitarnya.
Bagaimanapun, tambah Sufi, pihaknya masih cuba mengesahkan rampasan oleh tentera Israel itu.
“SMS dari Rachel Corrie — Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza,” kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di Kuala Lumpur.
Semalam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan Rachel Corrie tidak akan berpeluang mencecah pesisir pantai Gaza.
Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.
Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.
“Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu,” katanya.
Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.
Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.
Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.
Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena seorang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.
Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.
Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.
0 komen:
Catat Ulasan