.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Iran sedia hantar tiga kapal bantuan ke Gaza

Rabu, 9 Jun 2010

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran pula mengumumkan pihaknya akan menghantar tiga kapal bantuan ke wilayah itu.
Dalam usaha terbaru untuk memecahkan sekatan yang dikuatkuasakan rejim Zionis ke atas penduduk di Gaza, pertubuhan itu berkata, sebuah pesawat membawa 30 tan peralatan perubatan juga akan terbang ke Mesir bagi menyerahkan bantuan berkenaan.

Pengarahnya, Abdolrauf Adibzadeh memberitahu media Iran, dua kapal akan meninggalkan negara itu menuju Gaza minggu ini, diikuti kapal ketiga yang dilengkapi bilik bedah pada tarikh ditetapkan kemudian.
Dua kapal menuju Gaza dengan penyelarasan yang dibuat bersama kerajaan Turki.
Satu daripada kapal itu akan membawa 70 pekerja bantuan seperti jururawat dan pakar perubatan, manakala sebuah lagi membawa makanan dan ubat. Kedua-dua kapal itu akan belayar menuju Gaza akhir minggu ini, kata Adibzadeh dalam kenyataannya kepada laman web stesen televisyen berkenaan.
Adibzadeh berkata, Pertubuhan Bulan Sabit Merah, sebelum ini meminta rakyat Iran menyertai pelayaran itu sebagai sukarelawan.
Ketua Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, Abolhassan Fakhi, berkata, 20,000 sukarelawan sudah mendaftar untuk menyertai misi itu dalam tempoh tiga hari. Beliau berkata, pesawat bantuan akan meninggalkan Iran menuju Mesir dalam tempoh terdekat dengan kerjasama Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP