Page Melayu Babi di Facebook
Khamis, 2 September 2010
Tak habis-habis isu hangat dengan facebook. Kalau isuhangat post semua entri berkaitan dengan facebook terpaksa tukar nama blog ni kepada ‘isu FB”.
Betullah kata-kata Facebook ni kepunyaan Yahudi yang mempunyai niat yang halus. Selain dari dapat collect data semua orang dalam dunia ni terutama orang Islam, facebook ni secara langsung membuat orang kita sedikit huru-hara.
Tahun ni sahaja dah banyak kes dari facebook sehingga ada yang sampai jadi kes polis spt :
- Ugutan bunuh Tok Guru Nik Aziz
- Status seorang pelajar cina yang racist
- Seorang wanita yang menghina bandaraya JB kerana takde jual biskut.
- Seorang mamat Melayu yang menghina orang yang puasa
- Seorang yang menyamar Tengku Ismail, putera Mahkota Johor
Dan yang terkini sebuah page “Melayu Babi”. Jika anda belum atau tidak pernah mendaftar Facebook, page facebook ialah sebuah laman yang boleh di bina oleh sesiapa sahaja berkenaan dengan sesuatu minat, kumpulan,blog dan sebagainya. Biasanya orang yang lain boleh mengatakan suka atau tidak suka kepada page tersebut hanya dengan tekan butang “Like” .
Jika anda ialah facebooker, untuk page isuhangat boleh di langgan atau dilike di SINI. Segala artikel yang telah terdelete pun masih ada di sana.
Polis sedang menyiasat page Melayu Babi ni. Yang tukang create page ini seperti mengambil kesempatan dengan isu hangat Namawee dengan membina page yang sebegini. Jika dilihat pada komen -komen di page tersebut seperti admin yang buat page ini jenis touch n go. Dah create lepas tu tinggal.
Saya yakin PDRM mempunyai pakar-pakar forensik IT yang dapat mengesan makhluk-makhluk yang menganggap facebook tu tempat melepas geram. Buktinya dua orang telah ditangkap di JB kerana menyamar Putera Mahkota Johor semalam.
Bukan sahaja di FB malah di komen-komen blog seperti isuhangat ni pun Polis boleh kesan tau. Walaupun anda menyamar menggunakan email orang lain, IP anda terpampang di page admin. Kalau IP dah boleh dikesan, mudah sangat pihak Polis menyiasatnya walau pun anda berada di Cyber Cafe kerana saya yakin pemilik CC yang terlibat pasti bekerjasama dengan Polis.
Gunakanlah internet sebagai tempat menjana ilmu dan jalan kebaikan bukannya tempat nak melepaskan geram. Ingat, kata-kata mungkin tidak boleh dirakam tetapi tulisan di internet mungkin tidak boleh dipadam. So….sendrik mau ingat!
0 komen:
Catat Ulasan