.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Iklan kontroversi: Kesilapan TV3 jangan diulang

Selasa, 7 September 2010

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menghantar surat peringatan kepada Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. (Media Prima) agar tidak mengulangi kesilapan menyiarkan iklan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Surat dari Ketua dewan itu, Nasrudin Hassan dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian itu, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan melalui faksmili semalam.

Kandungannya antara lain mahu pihak TV3 berhati-hati dalam setiap bahan yang mahu disiarkan dan menggesa stesen tersebut mewujudkan lembaga penapisan atau pemantauan syariah.

"DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam.

"TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," kandungan surat itu dipetik.

Menurut Nasruddin, Iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ia berlaku di dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.

Ini kerana iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan
pelita.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

Selain itu, Pemuda PAS turut meminta pihak berwajib termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan agar dapat meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syarak.

Beliau bagaimanapun turut mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang telah menarik balik iklan Aidil Fitri tersebut semalam setelah mendapat bantahan ramai.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Iklan tersebut juga dilapor menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Kos penerbitan iklan tersebut mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

nk tengok viseo  buka dlm youtube gnbest...http://www.youtube.com/watch?v=f4ZKhFScjPw

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP