.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Shaun The Sheep

Ahad, 5 Februari 2012

Pernah tengok kartun ni...?rasanya yang dah ader Disney Channel mesti dah layan citer ni...
aku penah la jugak tengok ngn adik-adik aku...(dah besar pun masih layan citer ni)
haha...kelakar giler...geli hati tengok aksi mnatang dalam citer ni ni...
watak mereka aku tengok sama cam manusia...perlakuan mereka memang bijak ...




Sebenarnya Shaun The Sheep telah muncul di televisyen pada tahun 1995 dalam filem A Close Shave dengan watak Wallace and Gromit(penah tengok Wallace and Gromit tak?). Kalau nak tahu..watak anjing dalam Shaun The Sheep ni lebih kurang sama dengan anjing dalam Wallace and Gromit..

Berikut adalah 'Behind The Scene' animasi Shaun The Sheep:
1. Storytime Maker

Bukan main susah lagi nak buat citer ni..
kena sketch dulu watak-wataknya dan akan diserahkan kepada Scripwiter..
scripwriter nak tengok samada sesuai tak watak dengan skripnya..



2. Models Maker

Model-makers mereka biri-biri dengan membentuk satu badan,
kemudiannya melekatkan tubuh biri-biri tersebut dengan bulu putih.


4. Propping Up

Designer ini ditugaskan untuk membuat pelbagai jenis pakaian untuk watak-watak tersebut, selain itu dia juga mereka pelbagai jenis kelengkapan rumah(macam meja tu)


5. Eye Expression

Mata watak-watak dalam citer ni mempunyai satu lubang kecil untuk mengawal mereka melihat ke arah kiri, ke kanan, atas, bawah.
Kerana watak-watak dalam citer ni semuanya tak bercakap... mereka menggunakan eye expression untuk menunjukkan suatu perlakuan...(bab-bab mata ni aku rasa mesti susah nak handle)




6. Movement Scene

Pergerakan watak yang sentiasa diubah untuk agar animasi ni nampak lebih real
(penat betul diorang..kejap ubah...kejap ubah pulak...)


7. Animator

Watak dalam Shaun the sheep bergerak 25 kali setiap saat,
bererti animator perlu menyusun semula adegan 1,500 kali hanya satu minit dari rakaman.
jadi animator kena la bersabar...hahaha



susah kan pembikinan citer ni...kalau la aku buat benda-benda ni tiap2 hari..boleh jadi gila agaknya...
pening la aku tengok...main ngn mende-mende halus ni...
diorang ni tak reti bosan ke?hehe...
Tapi tak kisah la semua tu....janji citer diorang best...

P/S: Shaun The Sheep Terbaik!!

0 komen:

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP