.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Best Ker Ramai Rakan Facebook?

Jumaat, 17 Februari 2012



Facebook memudahkan seseorang untuk berhubung dengan satu dengan lain. Samada rakan, saudara-mara, rakan sekerja, keluarga atau orang-orang di sekeliling pengguna. Biasanya pengguna Facebook akan menambahkan rakan dan siapa sahaja yang mereka anggap ‘menarik’. Entah kerana dia terkenal atau gambar profilnya yang cantik atau handsome.
Saya sendiri akan accept sahaja sesiapa yang request untuk jadi rakan FB saya malah ramai pengguna FB yang berasa bangga jika rakan FB mereka ramai malah sehingga ke maksimum.
Tahukah Anda jika memiliki banyak rakan di Facebook sebenarnya boleh menyebabkan kesan negatif bagi penggunaannya. Memang Facebook membenarkan setiap penggunanya untuk saling berhubung. Namun jika terlampau banyaknya rakan, apakah mereka akan benar-benar berhubung? Jika makin banyak rakan yang ‘asing’ atau kurang dikenali bagaimana komunikasi dengan rakan-rakan yang ‘benar-benar rakan’?

Laman ReadWriteWeb membuat kajiselidik kepada pembacanya berkenaan terlalu banyaknya rakan di Facebook. Mereka mengadakan undian untuk mengetahui bagaimana tanggapan pembaca (pengguna Facebook) yang memiliki segudang rakan di network sosial tersebut.
Dan hasilnya - Cukup mengejutkan.!
Ada yang berpendapat jika memiliki ramai rakan di Facebook akan menjauhkan diri kita dari rakan yang sebenarnya. Samada keluarga atau rakan terdekat. Sebab rakan-rakan ‘asing’ tersebut akan memenuhi segala updates di wall Facebook. Semakin ramai rakan maka makin banyak status yang bertempek di wall kita. Dan kita tidak boleh mengetahui status terbaru dari rakan terdekat.
Kedua, dengan semakin ramai rakan, maka kita akan semakin asing di Facebook. Anda akan merasa sendiri. Ramai rakan bukan bererti aktiviti Facebook anda akan menjadi lebih hidup. Bilamana anda tidak mengenali mereka semua, bukankah akan semakin terpinggir? Ramai pengguna Facebook yang tidak mengenali rakannya secara dekat akan cenderung hanya melihat sahaja aktiviti mereka tanpa ikut serta memberi komen atau like.
Ketiga, dengan semakin ramai rakan maka aktiviti Facebook akan dirasakan semakin membosankan. Mengapa bosan? Jika updates dipenuhi dengan status rakan-rakan ‘asing’ dan rakan ‘sebenarnya’ tidak menuliskan status, maka pengguna Facebook akan cenderung menjadi bosan. Mereka bukan turut serta dalam aktiviti bersama rakan barunya tersebut, malah cenderung untuk meninggalkannya (Facebook).
ReadWriteWeb menuliskan normalnya pengguna Facebook memiliki 500 hingga 700 rakan di akauun Facebook-nya. Jika lebih dari itu, maka aktiviti Facebook akan cenderung ke hal-hal negatif. Seperti kajiselidik yang telah mereka lakukan.
Bagaimana dengan anda, berapa jumlah rakan anda di Facebook?

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP