Tiga Ulama Islam Dipaksa Turun Kapal Terbang
Sabtu, 14 Mei 2011
Tiga ulama Islam yang akan menghadiri seminar keagamaan di Amerika Syarikat terpaksa diturunkan dari penerbangan Delta kerana pilot kapal terbang tersebut tidak mahu terbang jika mereka berada di dalam kapal terbang itu.
Imam-imam tersebut menaiki pesawat dalam rangka menuju ke sebuah conference mengenai Islamphobia di Charlotte, North Carolina.
Imam Abdul Latif Al-Amin dilarang menaiki kapal terbang dari New York ke Charlotte pada Jumaat (6/5/2011) lalu. Manakala dua ulama yang lain melakukan perjalanan dari Memphis, Tennessee ke Charlotte juga dipaksa turun dari kapal terbang.
Masudur Rahman dan Mohamed Zaghloul Asosiasi Islam Memphis diturunkan dari sebuah penerbangan dari Memphis ke Charlotte , The Daily Mail melaporkan.
“Ini tindakan yang rasis dan bias kerana agama dan penampilan kami itu disebabkan kerana maklumat yang salah tentang agama kami,” kata Rahman.
“Jika mereka memahami Islam, mereka tidak akan melakukan perkara ini.”
0 komen:
Catat Ulasan