Aku menang kerana aku telah kalah
Sabtu, 21 Mei 2011
Semua dimulakan daripada impianku. Aku ingin menjadi astronot. Aku ingin terbang ke luar angkasa. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu yang tepat. Aku tidak memiliki kelulusan. Dan aku bukan seorang pilot. Namun, satu peluang telah terbuka.
Rumah putih mengumumkan mencari orang awam untuk mengikuti penerbangan 51-L pesawat ulang-alik Challenger. Dan orang itu adalah seorang guru. Aku orang biasa, dan aku seorang guru. Hari itu juga aku mengirimkan surat permohonan ke Washington. Setiap hari aku berlari ke peti surat. Akhirnya datanglah enveliop rasmi berlogo NASA.
Doaku dimakbulkan! Aku lulus pemilihan pertama. Ini benar-benar terjadi padaku.
Beberapa minggu berikutnya, impianku semakin dekat untuk dicapai semasa NASA mengadakan ujian fizikal dan mental. Setelah ujian selesai, aku menunggu dan berdoa lagi. Aku tahu aku semakin dekat pada impianku. Beberapa waktu kemudian, aku menerima panggilan untuk mengikuti program latihan astronot khas di Kennedy Space Center.
Dari 43,000 pelamar, kemudian 10,000 orang, dan kini aku menjadi sebahagian dari 100 orang yang berkumpul untuk penilaian akhir.
Ada simulator, ujian klaustrofobi, latihan ketangkasan dan percubaan mabuk udara.
Siapakah di antara kami yang berjaya melewati ujian akhir ini?
Tuhan, biarlah diriku yang terpilih, begitu aku berdoa.
Lalu tibalah berita yang menghancurkan itu. NASA memilih Christina McAufliffe. Aku kalah. Impian hidupku hancur. Aku mengalami tekanan.
Rasa percaya diriku hilang tiba-tiba, dan amarah menggantikan kebahagiaanku.
Aku menanyakan semuanya. Kenapa Tuhan? Kenapa bukan aku? Apa yang kurang pada diriku?
Mengapa aku diperlakukan begitu kejam?
Aku berpaling pada ayahku. Katanya, “Semua terjadi kerana suatu alasan.”
Selasa, 28 Januari 1986, aku berkumpul bersama teman-teman untuk melihat pelancaran Challanger.
Semasa pesawat itu melewati menara landasan, aku menentang impianku untuk kali terakhir. Tuhan, aku bersedia melakukan apa saja agar aku berada di dalam pesawat itu.
Kenapa bukan aku?
Tujuh puluh tiga saat kemudian, Tuhan menjawab semua pertanyaanku dan menghapus semua keraguanku semasa tiba-tiba Challanger meletup dan semua penumpang di dalamnya maut ketika itu juga.
Aku teringat kata-kata ayahku,
“Semua terjadi kerana suatu alasan.”
Aku tidak terpilih dalam penerbangan itu, walaupun aku sangat menginginkannya kerana Tuhan memiliki alasan lain untuk kehadiranku di bumi ini.
Aku memiliki misi lain dalam hidup.
Aku tidak kalah; aku seorang pemenang.
Aku menang kerana aku telah kalah.
Aku, Frank Slazak, masih hidup untuk bersyukur pada Tuhan kerana tidak semua doaku dikabulkan
0 komen:
Catat Ulasan