.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Tentera Singapura Lembik?

Rabu, 6 April 2011


“Singapura – Sekeping gambar yang memperlihatkan seorang pembantu rumah membawakan beg galas seorang tentera menjadi gnbest di Singapura. Dalam gambar tersebut, pembantu rumah itu dilihat berjalan mengikuti seorang tentera Singapura.
Photobucket

Gambar itu menjadi buah mulut rakyat Singapura. Ada yang menyebut perajurit-perajurit Angkatan Bersenjata Singapura alias Singapore Armed Forces (SAF) manja dan lembik. Gambar tersebut banyak dimuatkan di media Singapura dan Internet. Gambar yang awalnya diposting di Facebook itu pun menjadi buah bibir.
“SAF harus mencari amah itu dengan cepat. Masukkan dia ke tentera, dia kuat,” kicau pemilik akaun Twitter Rod_Man14.
“Di balik setiap kejayaan perajurit SAF, ada seorang amah,” kicau Chinteresting di laman mikro-blogging Twitter seperti diberitakan dari pejabat berita AFP, Rabu (30/3/2011).
“Jika dia tak boleh membawa beg galasnya sendiri, bagaimana kita bergantung pada perajurit seperti ini untuk membela Singapura,” cetus Heavencry09 di forum portal berita xinmsn.
Menurut seorang pengulas, perajurit dalam gambar tersebut memang dikenali sebagai lembik dan manja. “Ini satu insiden, saya fikir satu-satunya kesimpulan yang boleh kita buat secara umum adalah bahawa tentera itu memang lembik dan manja,” kata Bernard Loo, pakar urusan tentera di S. Rajaratnam School of International Studies.
Namun beliau menekankan, tidak adil untuk mengaitkan semua tentera Singapura dengan gambar tersebut.
Gara-gara gambar tersebut, harian Singapura, New Paper melakukan tinjauan terhadap 23 orang tentera Singapura. Hasilnya, diketahui bahawa 22 orang di antaranya menyuruh pembantu rumah mereka untuk mencuci dan menyeterika pakaian seragam mereka. Sedangkan 17 orang di antaranya menyuruh pembantu rumah mereka untuk membersihkan bilik mereka.
Hampir 200 ribu pembantu rumah dianggarkan bekerja di Singapura tahun lalu. Sebagian besar dari mereka berasal dari Indonesia dan Filipina.”
Ada yang mahu membela mengatakan gambar tersebut adalah diedit photoshop
Photobucket
Malah gambar tersebut menjadi bahan gurauan
Photobucket
Photobucket
Photobucket

0 komen:

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP