.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Minyak baru Petronas inspirasi teknologi F1

Ahad, 10 April 2011


Kepada pengguna minyak berjenama Petronas, tahukah anda yang 10 April 2011 ini, PETRONAS Dagangan Bhd akan melancarkan minyak terbaru mereka yang diinspirasikan dari teknologi F1. Menurut senior general manager PETRONAS Dagangan Bhd, Izuddin Husaini Mohd Yusoff, minyak ber’teknologi baru ini pastinya akan menarik minat lebih ramai pengguna jalanraya untuk memilih PETRONAS sebagai bahan api utama kenderaan mereka.
Minyak terbaru ini adalah hasil ujikaji selama 2 tahun PETRONAS melalui pengalaman hebat di dalam dunia Formula 1 selama ini. Menurut PETRONAS, melalui ujikaji yang dilakukan secara random kepada 50 kenderaan untuk bergerak sejauh 25,000KM, lebih dari 90% pihak yang terlibat di dalam ujikaji tersebut menyatakan yang minyak baru tersebut memberikan mereka lebih kilometer dan memberikan kuasa yang hebat kepada kenderaan.

Di atas ini adalah di Petronas F1 Exhibition yang berlangsung di KLCC baru-baru ini. Michael Schumacher dan Nico Rosberg turut sama turun padang bersama peminat. Lebih banyak gambar yang menarik ada kami keluarkan di Oh! Artis.
Kami di Oh! Tidak sebenarnya begitu teruja apabila mendapat tahu tentang berita ini dan ingin berkongsi dengan ratusan ribu pembaca Oh! Tidak. Memandangkan harga minyak di pasaran juga semakin tinggi yang membuatkan pengguna perlu memilih minyak mengikut kemampuan mereka, apa yang diharapkan minyak terbaru dari Petronas ini akan memberi saingan yang amat baik di dalam pasaran terutamanya dari segi harga, memberi lebih power kepada kenderaan dan memberikan lebih kilometer kepada pengguna.

Petronas Fuel Up Challenge

Oh ya, PETRONAS juga akan menganjurkan “Fuel Up Challenge” pada 10 April 2010 (hari yang sama dengan pelancaran) bermula dari jam 5:30 petang sehingga 8:30 malam. Pelbagai hadiah menarik akan diberikan. Cabaran yang bagaimana, anda perlulah datang sendiri ke stesen Petronas untuk menyertainya. Maklumat lanjut boleh ke Facebook Page mereka di http://www.facebook.com/petronasbrands

Apapun tunggu sehingga 10 April 2011 ini bagi mengetahui apa yang terbaru di stesen minyak Petronas berhampiran anda.

0 komen:

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP