.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Gambar Justin Bieber Bermain Muzik Jalanan

Isnin, 25 April 2011


Justin Bieber , 17 baru lepas mengadakan konsertnya di Stadium Merdeka pada 21hb April yang lalu. Justin Bieber bermain di bibir peminat muzik di seluruh dunia dengan lagunya meletupnya Pray.
Siapa yang tidak kenal Justin Bieber sekarang, tapi di tahun 2007 dia hanya penyanyi amatur yang tidak dikenali.
Photobucket

Pada sebuah gambar yang dikatakan diambil pada bulan Ogos 2007 yang dimuatkan di UsWeekly, Khamis (24/2), memperlihatkan Bieber semasa belum terkenal, berusia 13 tahun, memainkan gitar dan menyanyi sambil menunggu wang dari orang-orang lalu di depan Avon Theathre di kampung halamannya, Stratford, Ontario, Kanada.
Gambar ini diambil fotografer I. Shutter yang mengatakan pada UsWeekly dia mengambil gambar tersebut pada “20 Ogos 2007 jam 9 pagi” semasa dia melihat “anak manis” ini bermain gitar sementara orang-orang melempar wang ke dalam beg gitar di hadapannya.
Tapi, keasyikkan Bieber bermain muzik di jalanan pada hari itu tak lama. “Pengurus bangunan mengusirnya bahkan mengejar kanak-kanak itu,” cerita Shuter.
Bieber pernah mengatakan dia bermain muzik jalanan di depan bangunan itu dan dia boleh mengumpulkan AS$ 3 ribu.
Justin Bieber mula menarik perhatian setelah lagunya diupload ke youtube oleh Scooter Braun yang seterusnya menjadi pengurusnya.
Photobucket

0 komen:

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP