.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Revolusi Menjangkit Di Bahrain, Yaman Dan Iran

Khamis, 17 Februari 2011



Penunjuk-penunjuk perasaan berlawan dengan pasukan anti rusuhan di Bahrain, Yaman dan Iran. Mereka berani menentang regim yang berkuasa di negara masing-masing setelah dinspirasi dari penggulingan kekuasaan Hosni Mubarak di Mesir.
Polis anti rusuhan di Bahrain menembak gas pemedih mata untuk membubarkan protes di seluruh negara. Seorang telah dilaporkan mati ditembak oleh polis dalam insiden ini. Para demonstran di Bahrain menuntut kebebasan politik dan membanyakkan peluang pekerjaan.
Sementara ribuan penunjuk perasaan di Yaman telah melakukan protes untuk hari kelimanya dengan berkumpul di Universiti Yaman Sanaa. Mereka menuntut Presiden Abdullah Saleh supaya meletak jawatan. Aksi demo ini juga menyebabkan pertempuran dengan polis.

Kerajaan Iran sebelum ini turut bergembira kejatuhan regim Mubarak. Namun begitu keadaan di Teheran, Iran juga tak jauh berbeza. Ribuan polis keamanan dikerahkan untuk menghentikan penunjuk perasaan yang berdemo secara berpisah dan berkelompok. Al-Jazeera melaporkan, pada akhirnya kumpulan penunjuk perasaan ini berkumpul di pusat Dataran Azadi.
Demontrasi juga telah diadakan yang dihadiri lebih kurang 10,000 orang yang menuntut Mahmoud Ahmadinejad meletakkan jawatan kerana dituduh memanipulasi keputusan pilihanraya.
“Setiap negara memiliki keunikan suasana politik dan ekonomi tersendiri. Namun, Iran, Yaman atau Bahrain dipengaruhi untuk rusuhan sosial setelah apa yang terjadi di Mesir,” kata Alireza Nader pemerhati International Rand Corporation.
Gejolak anti regim authoriti sedang memasuki tahap baru masa ini, dari bangsa Arab berjangkit ke wilayah Teluk Parsi. Sebenarnya wilayah ini sangat penting bagi AS dan negara industri lainnya kerana lebih dari 50% minyak berasal dari wilayah ini.
Ketidakpastian ekonomi di Bahrain bermula sejak meningkatnya hutang kerajaan yang meningkat 11 basis point dan menjadi yang tertinggi sejak 4 Februari 2011. Namun, minyak telah turun 77 sen menjadi US$ 84,81 pertong di New York Merchentile Exchange kerana stok minyak di AS berlimpah dan ketegangan di Mesir mula reda.
“Bahrain menjadi negara yang paling terpengaruh, kerana keluhan dari majoriti penduduk Syiah telah lama muncul. Keadaan ekonomi dan kehidupan penduduk Syiah dibawah penduduk Sunni,” kata Theodore Karasik Pengarah Penyelidikan Institut Dubai.
Penduduk muslim Syiah di Bahrain mewakili sekitar 70% dari jumlah populasi. Mereka selama ini merasa didiskriminasikan kerana keluarga kerajaan Bahrain rapat dengan pemerintah Arab Saudi dari Sunni yang menjadi kekuatan ekonomi terbesar di Arab.
Himpun kekuatan Melalui Facebook
Jaring sosial Facebook menjadi alat komunikasi yang ampuh untuk melawan kawalan media kerajaan ketika Revolusi di Mesir terjadi.Boleh lihat di artikel sebelum ini mengenai wira muda Mesir, Begitu juga dengan penunjuk perasaan di Bahrain.
Mereka membentuk group bernama “the Revolution of 14th February in Bahrain”. Group ini digunakan untuk menyebarkan aksi protes. Setakat ini lebih dari 13,400 orang telah menjadi pengikut group ini.
Seperti yang dijangka, tunjuk perasaan di Iran mendapat sokongan yang jitu oleh Amerika Syarikat yang sebelum ini sememangnya tidak suka dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang selama ini berani mengkritik lantang dan terbuka kepada Amerika Syarikat dan Israel.

Gambar demonstrasi di Iran.Sumber Aljazeera.

Gambar demonstrasi di Bahrain.

Gambar demonstrasi di Yaman.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP