Gambar Banjir Di Jeddah
Selasa, 1 Februari 2011
Musim banjir datang lagi. Banyak kawasan sudah mula ditengelami air dan ada juga yang telah surut. Isuhangat mengucapkan takziah kepada mangsa banjir. Bersabarlah dengan ujian Allah ini, pasti ada hikmah di sebalik musibah ini.
Saya pernah merasa bagaimana teruknya apabila dilanda musibah banjir. Pengalaman mengharungi air sambil mendukung anak yang pada masa tu berusia 2 tahun, isteri bawa beg yang airnya diparas dada anak kedua pada kepekatan malam tiada elektrik serta air yang deras pasti tidak akan dilupa.
Selepas air surut, mengemas rumah yang penuh lumpur serta membuang barang-barang yang rosak ke tepi jalan macam baru dilanda perang. Oleh sebab itu bersyukurlah jika rumah anda tidak dilanda musibah banjir. Bersimpati dan hulurkan apa-apa yang patut kepada mangsa banjir kerana mereka amat memerlukan. Banjir walaupun sedalam semeter tapi kesannya memang mengharukan.
Di Kota Tinggi,banjir di kebanyakan tempat sudah surut dan tidak seteruk dahulu pada tahun 2006/2007. Banyak jalan yang terputus sudah dibuka semula.Namun begitu penduduk perlu berhati-hati apabila air dari Kluang turun mungkin air akan naik semula. Namun begitu di Segamat saya dengar banjir di sana sehebat dahulu.
Berlaku juga sedikit fenomena panik pada warga Kota Tinggi apabila stesyen minyak kehabisan minyak petrol kerana orang ramai beratur mengisi minyak untuk mengelakkan kejadian petrol habis seperti banjir tahun 2006 lalu. Secara kebetulan, minyak petrol RON97 juga dinaikkan pada malam tadi kepada RM2.50, kira berbaloilah mereka beratur panjang untuk mengisi minyak penuh tangki.
Gambar banjir di Kota Tinggi 2011 yang diambil dari group FB Kawan Kota Tinggi.
Rupanya tiga hari sebelum kita dilanda banjir, di Bandar Jeddah, Arab Saudi juga telah berlaku banjir yang dikatakan paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 27 Jan 2011, bandar a capelabuhan, Jeddah ditengelami air selama 2 hari.
Berita dari Arabnews mengatakan lebih kurang 300 kereta yang ditinggalkan pemiliknya begitu saja di jalan. Di antaranya di Jalan Madinah, terutama di depan Hospital Mata Maghribi dan ramai juga yang terpaksa menghuni tempat perlindungan sementara di Mosadiah Center.
Raja Abdullah mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh hujan lebat. Ia juga memberi amaran sesiapa sahaja yang lalai kerana kelalaiannya dalam insiden ini untuk dihukum.
4 orang telah terkorban pada banjir di Jeddah ini.
Oleh kerana gambar banjir di Malaysia mudah untuk kita dapat, saya kongsi gambar -gambar dan video banjir di Jeddah 27 Jan 2011.
Video banjir di Jeddah 27.1.2011
:
0 komen:
Catat Ulasan