.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Keluarga Islambouli Dan Presiden Mesir

Rabu, 9 Februari 2011


Khalid Al Islambouli
Seiring dengan isu hangat revolusi di Mesir, ramai yang teringat kepada Khalid Al Islambouli. Meskipun tanpa gelombang tunjuk perasaan, lelaki berpangkat leftenan itu menamatkan pemerintahan Sadat pada 6 Oktober 1981. Alasannya memang tidak terlalu politik. Bukan kerana kepimpinan presiden yang masa itu sudah berkhidmat selama 11 tahun, tapi kerana Sadat dianggap pro-Israel. Kebencian Khalid memuncak semasa Sadat membuat Perjanjian Kamp David yang menguntungkan Israel.

Anwar Sadat

Khalid Ahmed Showqy Al Islambouli ataupun Khalid Al Islambouli, serta adiknya, Mohammed Showqy Al Islambouli,amat dikenali kerana usaha mereka menghabiskan nyawa Presiden Mesir. Abang mereka yang sulung dikenali sebagai pemimpin kumpulan pembangkang Islam anti Presiden Anwar Sadat.
“Saya sudah membunuh firaun,” ujar Khalid semasa melihat Sadat dipenuhi darah. Pemimpin 62 tahun itu meninggal dunia setelah ditembusi 37 butir peluru. Yang paling banyak adalah peluru dari senapang Khalid. Kerana, semasa itu dia berada tepat di hadapan Sadat. Tak lama selepas menghabiskan nyawa Sadat, Khalid ditahan dan menjalani proses undang-undang. Akhirnya, dia mengembuskan nafas terakhir kerana dihukum tembak pada 15 April 1982 dalam usianya 27 tahun.
Masa itu sebenarnya Khalid tidak bertugas dalam perbarisan untuk memperingati kemenangan Mesir dalam Perang Yom Kippur 1973. “Sebenarnya, Khalid Al Islambouli tidak bertugas dalam perbarisan hari itu. Kebetulan, saat itu dia menggantikan salah seorang Brigade Artileri ke-333 yang tiba-tiba uzur,” maklumat Wikipedia dalam laporan onlinenya.
Khalid
Kononnya, Khalid bertindak selepas mendapat restu dari Omar Abdel Rahman. Rahman adalah ulama radikal yang cukup terkenal di Mesir. Beliau dikatakan mendalangi pengeboman World Trade Center di Amerika Syarikat (AS) pada 1993.
Dalam peritiwa pada 6 Oktober 1981 itu, Khalid berperanan sebagai ketua pasukan,dibantu 23 rakannya.
Aksi Khalid bermula apabila beberapa pesawat pejuang Mirage milik Tentera Udara (AU) Mesir melakukan pertunjukan udara. Pada masa itu juga, Khalid dan pasukannya berada atas lori yang mengangkut mereka. Ketika itu lori sedang melintas di depan pentas terhormat, tempat Sadat dan beberapa tetamu negara duduk. Dikatakan, Khalid berjaya melepaskan diri dari empat lapis pasukan dan lapan pengawal peribadi yang melindungi Sadat.
Dalam sekelip mata, Khalid tiba di depan Anwar Sadat. Presiden yang terkejut pun terus berdiri. Dia menyangka, Khalid akan memberikan salam hormat tentera kepadanya. Tapi, tiba-tiba tiga bom tangan dilempar kepadanya. Satu di antara tiga bom tangan itu meletup. Sadat pun tumbang. Setelah melihat sasaran utamanya tak berdaya, Khalid dan pasukannya terus menyerang Sadat dengan tembakan.
Semasa Sadat hampir mengehembuskan nafas terakhirnya di pentas kehormat itu, Hosni Mubarak berada di sampingnya. Ketika itu, tokoh 82 tahun tersebut berkhidmat sebagai timbalan presiden. Dia pun sempat berhadapan dengan Khalid. “Tepi dari hadapanku. Saya hanya ingin menghabiskan anak anjing ini,” herdik Khalid sembil menolak Mubarak yang berada berhampiran Sadat.
Dalam perbicaraannya, Khalid mengatakan bahawa alasannya membunuh Sadat bukan hanya semata-mata kerana tanda tangan Sadat dalam dokumen Perjanjian Kamp David, tetapi, dia juga marah kerana pasukan Sadat menangkap abangnya yang menjadi pemimpin kumpulan pembangkang Islam radikal di Mesir.
Setelah Sadat maut dan Khalid hilang nyawanya di hadapan pasukan tembak, kembali muncul kisah keluarga Islambouli.
Pada 22 Jun 1995, Mohammed mencuba menghabiskan nyawa Mubarak yang ketika itu sudah menjawat jawatan presiden. Kali ini, percubaan pembunuhan tersebut terjadi di Habsyah. Sayang, tidak seperti Khalid yang berjaya membunuh targetnya, percubaan Mohammed gagal. Peluru yang dia muntahkan dari senjatanya hanya mampu melukai Mubarak.
Walaupun demikian, aksi nekad Islambouli bersaudara telah menginspirasi kumpulan-kumpulan radikal di beberapa negara. Di antaranya iaitu Brigade Al-Islambouli Pakistan yang disebut bergabung dengan Al-Qaeda, serta Briged Al Islambouli Chechnya di Russia. Pada 31 Julai 2004, Briged Al Islambouli Pakistan melancarkan percubaan pembunuhan terhadap Shaukat Aziz. Manakala Briged Al Islambouli Chechnya mengaku bertanggung jawab atas letupan bom pada dua pesawat Russia pada 24 Ogos 2004.
Video pembunuhan Anwar Sadat :
http://www.youtube.com/watch?v=nwQL3N57TQE&feature=player_embedded
:

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP